Friday, August 27, 2010

..::REZEKI YANG TELAH DITENTUKAN::..

Leganya rasa dapat minum air selepas air mineral yang dibeli dengan harga RM3.10 di Mc Donald KLIA untuk bekalan berbuka puasa di dalam kapalterbang telah dirampas oleh pakcik imigresen. Nyaris-nyaris juga tupperware berisi kuah durian terkantoi, namun Alhamdulillah bekas kurma menyelamatkan keadaan. Walaupun sebenarnya pakcik tu redha tak redha saja melepaskannya. Huk huk huk. Maka dengan tekak yang kering, berbuka puasa lah kami suami isteri dengan sebiji kurma di terminal sementara menunggu kapal terbang tiba. Kalau (saya cakap kalau) tahu lama juga nak tunggu di dalam sana dan air nak kena rampas, biar saja berbuka puasa dulu di luar, kemudian baru masuk. Tak la rasa ralat sangat bila air kena rampas sebab dah diminum, kan? Huk huk huk lagi.

Ok, tiba-tiba baru sedar entry ini tak ada pembukaan. Terus-terus saja dengan luahan perasaan yang saya pendam dari semalam.

Sebenarnya sekarang saya berada di Singapura. Ini kali kedua saya datang sini. Pertama kali memang dengan tujuan untuk berjalan-jalan dengan suami. Tapi kali ini saya ikut suami yang ada urusan di sini. Bulan puasa, ada cuti panjang pulak tu (walaupun KL tak cuti Nuzul Quran) mengapa harus saya lepaskan peluang untuk ikut sama. Jadi, di sinilah saya sekarang ini.

Sambung kembali luahan perasaan saya di atas, bila masuk dalam perut kapal terbang, kami berdua sudah berangan-angan mahu minum sepuasnya jus yang dihidangkan. Tapi.... hmmm ketua kabin yang bernama Shahir tu seakan-akan tak faham pula keadaan, walaupun sudah 2 kali saya panggil untuk minta air minuman. Asyik-asyik ditawarkannya air kepada encik cina dan encik mat saleh di hadapan kami saja. Suami dah mengomel tentang ketidak prihatinan cabin crew. Biasa lah orang lelaki kan.. Penyelamat dan pembela isteri.. he he he..

Jadi, sampai saja di Singapura dan selesai urusan daftar masuk di hotel kami keluar cari makan. Memandangkan jam sudah 10.30 malam dan cuma KFC saja yang masih beroperasi, maka itu sajalah pilihan kami. Dan feerrgghhh lega sungguh dapat minum air walaupun tak dapat makan nasi. Alhamdulillah, masih ada rezeki kami.

Oleh yang demikian, sempena hari Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini mari kita muhasabah diri. Walaupun air mineral berharga RM3.10 di KLIA bukan rezeki saya dan suami, tapi kami masih ada bekalan kurma dan roti mighty white untuk dimakan. Dan, walaupun kami tak dapat air dalam kuantiti yang dikehendaki di dalam penerbangan, tapi masih juga disediakan jus sekadarnya dan lebih lagi kami mampu menaiki penerbangan MAS ke luar negara. Seterusnya kami berupaya untuk menikmati hidangan KFC di sini.

Lalu, bila direnung kembali jika dirasakan kami kurang bernasib baik kerana air mineral RM3.10, ramai lagi ummat yang lebih jauh kurang bernasib baik tanpa ada apa-apa sekali pun hanya berharap pada rezeki seadanya. Belum dikira mereka yang kebuluran dan terlibat dengan bencana alam di luar sana.

Jadi, marilah kita tunaikan zakat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

;)

9 comments:

suzzsuzie said...

mmg tak peka langsung orang berpuasa....kenapa tak sound jer...

madulebah said...

SUZIE :
Kena jaga juga adab sopan dan tingkah laku kan.. he he he..

asuharAsuE said...

MH sekarang ni tahapa2 sket lah! time kitorang dulu terlebih2 plak sampai nak tido pon tak bleh!

Pnut said...

awat ayaq mineral tak boleh bawak?? moskil gak..

madulebah said...

SUE :
Tengok cabin crew jugak kot

KAK PNUT :
Kami pun tatau awat.. malaih nak argue dah la masa tu sibuk suruh bongkar beg nak tengok apa benda yang dia scan nampak macam bentuk cawan dalam beg kami..

julianne said...

bukan saja air mineral takleh bawak masuk, tapi segala bentuk cecair yang lebih dari 100ml mmg tak dibenarkan bawak masuk. kalau nak beli after scan2 tu.

kalau domestic ok la bleh bawak masuk, kalo international tak boleh.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice..makan dalam juga..

madulebah said...

JULIANNE :
Lepas scan tu bukan ada tempat nak beli air dah pun.. ni scan kat pintu last sekali sebelum naik flight.. Lagipun aku baru ni naik international.. bukan macam korang asik jalan-jalan keliling dunia sajork :p

BRUTAL :
manusia ni mudah lupa.. kena saling ingat mengingati.. :)

Mariea said...

Aku suka kacang MAS...sebenarnya mcm kacang2 goreng biasa yg jual diluar..tp sebab ada cop MAS, terasa best sgt..heheheh..