Friday, May 22, 2009

..::KURANG MAKAN MAKAN KURANG::..

Ok sudah lama saya tak kemaskini blog. Saya agak sibuk. Di samping tak ada perkara yang menarik untuk dikongsi di dalam blog. Jika sekadar pergi SOGO dan TERbeli kasut, itu sudah menjadi TABIAT saya. Jadi tak perlu diblogkan.

Sebenarnya hari ini saya cuti sakit.

Kisahnya, sejak kebelakangan ni saya selalu sakit kepala. Kerana memang ada migraine, saya buat endah tak endah saja dengan sakit itu. Walaupun sudah dibebel berbakul-bakul supaya pergi jumpa doktor, saya tetap degil.

Sehinggalah malam tadi saya diserang sakit kepala yang sangat sakit macam kena hempap dengan batu (walaupun tak pernah kena hempap dengan batu, kan?). Di tambah dengan rasa meloya. Ok saya tak mengandung. Malah tak ada sebab pun untuk mengandung.

Berbalik kepada kisah sakit kepala, lepas subuh saya gagahkan diri bersiap mahu ke klinik. SMS boss beritahu lambat masuk pejabat. Klinik cuma akan buka jam 8.00 pagi tapi 7.45 pagi saya sudah berada depan pintu.

Saya orang pertama jumpa doktor yang sangat lemah lembut dan baik hati itu. Doktor kata saya mengalami tekanan darah rendah. Doktor suruh saya rehat, rehat dan rehat. Dan paling penting jaga pemakanan. Owh, OK.

Dan selepas diberitahu kepada mereka yang sepatutnya tahu keadaan saya, semua menyebut tentang pemakanan. Semua kata saya kurang makan.

Hmmm saya tertanya-tanya kepada diri sendiri. Saya kurang makan, atau makan kurang??

16 comments:

tasekM said...

org kata, kambing tak boleh dimakan jika ada darah tinggi. mungkin sesuai utk org yg berdarah rendah. sila makan kambing.

gamaknya la... :)

tentangseseorang said...

makan kerang kak. boleh membantu meningkatkan tekanan darah. errrr ady tau sebab ady ada masalah dengan tekanan darah rendah :)

Nida Shaari said...

TASIK :Weh darah tinggi adalah lebih bahaya, kan??

ADY :Aáh. Akak tahu je.. Kerang, hati, bayam.. tu semua kena makan..

Nanti akak kena semak balik piramid pemakanan akak..

sinaganaga said...

kau patut kahwin! :)

paiseh said...

lu makan lebih kurang ni gua syak...

ymn said...

cuba try test supplement exp nutrilite, herbalife etc .. mybe bleh mbantu.

Nida Shaari said...

NAGA :Apa kaitannya weh!! :p

PAISEH :Ha ha ha.. Gua on diet :p

AKU :Haritu ada makan. Tapi aku tak disiplin lah. Haiih..

angel_baik said...

salam akak, lama tak update, sekali update citer sakit pulak.. skrg nie sakit pelik2.. berhati2. Kurang makan?.. penyakit baru nie.. heheh...

anyway, semoga cepat sembuh :)

asuhara sue said...

sihatlah segera kerana peminat no. 1 awk ni teringin nak belanja makan!

NISREEFA said...

tekanan darah rendah nie pun bahaya gak needa. kena mkn byk kerang nie.. Semoga cepat sembuh yer

Mya said...

sila jgn lupa ajak saya utk mkn kerang bersama2.. :D

Marliza Radzi said...

ayat ke-4 dalam perenggan pertama adalah comel :D

ezham said...

hypertension ngan hypotension sama je bahayanya.

Nida Shaari said...

ANGEL :Salam..

A'ah semua orang pun cakap akak kurang makan. Ahaks

ASUHARA :Kalau peminat no. 1 nak belanja, saya sihat sahaja

WHITE ::)

KAK IMA :Tapi nanti terlebih makan kerang dah dapat sakit lain pulak

MYA :Ya saya akan ajak awak sebab saya adalah tidak tahu di mana tempat mahu makan kerang itu

MARLIZA :Ya memang tabiat yang tak baik sebab semalam akan pegi JUSCO dan TERbeli lagi satu kasut.

EZHAM :Ya baru aku tau sebenarnya

Salina said...

hang dah kena mcm aku dulu. jaga2 aa..nnt boleh pitam. makan tetap kena makan.

Nida Shaari said...

SALINA :Pitam adalah satu perkara yang menakutkan