Showing posts with label muhammad. Show all posts
Showing posts with label muhammad. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

..::KAKAK::..

Nak cerita pasal Muhammad.

Hari Khamis malam Jumaat, lebih kurang 3 minggu lepas, Muhammad dok sebut perkataan kakak sambil tunjuk-tunjuk. Banyak kali. Seram jugak saya. Manalah tahu kalau-kalau Muhammad ternampak 'kakak' di sekitar rumah. Mujur juga haritu ayah balik kerja awal. Tak lah takut sangat saya ni hehehe.

Sebab tak nak fikir benda negatif, saya sibukkan diri layan kehendak Muhammad. Main dengan dia, suapkan makan, ajak dia kawan dengan baby dan macam-macam lagi. Walaupun, Muhammad masih lagi sebut kakak.

Perkara ni berlarutan. Sampai la pada satu hari saya tersedar sesuatu. Kakak yang Muhammad sebut-sebut tu adalah merujuk kepada saya. Rupa-rupanya Muhammad panggil saya dengan panggilan kakak. Macam kakak-kakak di Taska. Uhuks. Sabar sajalah.

Saya beritahu Muhammad, di rumah ada ayah, mama, abang dan adik. Pandai pula dia ikut dan sebut ulang-ulang kali. Tapi bila mahu sesuatu daripada saya, kakak lah yang dipanggilnya. "kakak, bola" "kakak, susu" "kakak, roti" "kakak, TV" sehingga sekarang.

Aduhai anak.

Mama nampak macam kakak lah. hehehe...

..::ANAK-ANAK::..

Maya suruh saya letak gambar baby di blog.

Eh, rupa-rupanya saya belum wara-warakan nama baby baru ni kan. Padahal baby dah umur 4 bulan. He he he.

Okey jom sesi bercerita bersama anak-anak saya.


Assalamualaikum semua.  Nama saya Muaz bin Jefry


Saya minum susu ibu. Banyak sangat sampai meleleh-leleh keluar dari mulut

Tapi, tak adil lah cerita pasal Muaz saja. Kenalah cerita pasal abang juga.  Alhamdulillah, abang sangat baik dan sayang dengan adik. Setakat ni belum pernah abang kacau adik teruk-teruk. Cubit-cubit manja tu ada lah.  Kalau adik nangis, abang akan panggil mama atau ayah. 

Hai, ingat lagi kan dengan Muhammad.  Umur saya dah 2 1/2 tahun.


semua orang suka aiskrim kan!! Saya pun suka. 


Owh, adik dah pandai meniarap. Tapi gambar dan video adik meniarap kita letak lain kali.

OK babai.






Friday, October 12, 2012

..::DILEMA PENYUSUAN::..

Beberapa hari lagi Muhammad genap 2 tahun, dan Muhammad masih menyusu, walaupun dah tak sekerap dulu. Minta susu bila mahu tidur sahaja.

Yang menjadi dilema pada saya sekarang, bukan umur Muhammad. Tetapi bila menyusu dalam keadaan mengantuk, Muhammad cenderung menggigit. Sedangkan kena gigit dengan gusi pun sakit inikan pula gigi penuh. Bila dilepaskan (tentu sekali secara terpaksa) Muhammad akan menangis, merembes air mata, sayu dan tangan akan meraba-raba mahu menyelak baju mencari susu.

Serius, saya sedih. Bila dipeluk, pujuk dan beritahu mama sakit, Muhammad meronta-ronta minta dilepaskan. Dan, ia menambahkan lagi dilema saya.

Alhamdulillah saya tak ada masalah menyusukan ketika mengandung, tapi tu lah, dilema dek kena gigit dengan Muhammad. Alahai.

Friday, October 05, 2012

..::DIA BUAT LAGI::


Dua hari berturut-turut terlentok di kerusi. Apa-apa sajalah Muhammad.

Thursday, October 04, 2012

..::MACAM NI PUN BOLEH::..



Ini la akibat tak mahu tidur pada waktu yang sepatutnya. Sekejap je saya tinggalkan pergi tandas, keluar bilik tengok dah terlentok.

Mujur juga hari ni, walaupun tak tidur Muhammad tak meragam. Mungkin sebab asyik makan saja. Itu yang sambil makan pun boleh tertidur. Apa lagi saya pun ambil camera dan rakam buat kenangan. Memang nyenyak sungguh sebab masa saya cuba nak dukung bawa masuk bilik pun dia tetap macam tu.

Dan, tak pasal-pasal terus jadi bahan blog. He he he.





Tuesday, September 11, 2012

..::ABANG, ADIK DAN SUSU IBU::..

Lepas tulis cerita raya, mari kita tulis secara random pula.

MUHAMMAD
Anak teruna saya ni sudah 23 bulan. Owh sebulan saja lagi umur genap 2 tahun. Kadang-kadang rindu dia ketika bayi. Kadang-kadang saya mahu dia cepat besar. Masih bertutur bahasa bayi, namun dari sehari ke sehari perbendaharaan katanya makin bertambah. Paling Muhammad pandai sebut sakit, dah sampai, sudah, ikan, nasi, biskut, basikal, gigi, baju. Eh banyak juga sebenarnya walaupun masih ada sedikit pelat. Tak takut orang awam dan suka binatang terutamanya kucing, siap ditunggang kucing tu. Dan paling suka sapu sampah. Kalau nak menyapu, kena buat masa dia tidur.

..::Muhammad tolong Tok sapu sampah::..

Sebulan saya di kampung, siang malam Muhammad menyapu. Nampak saja Tok pegang penyapu, cepat-cepat dia minta nak sapu juga. Bukan setakat sapu sampah dalam rumah, bilik air pun Muhammad tolong sental :p. Pergi beraya rumah Mak Ngah pun dia tolong sapu sampah juga. Bertuah anak teruna ni. Tok kata like father like son.

..::Lain-lain aktiviti Muhammad sepanjang di kampung::..

ADIK MUHAMMAD
Alhamdulillah. InsyaAllah adik Muhammad sudah berusia hampir 18 minggu. Rezeki Allah ketika saya bercuti tanpa gaji. Seperti mengandungkan Muhammad dulu, saya tak alami alahan teruk. Sekadar muntah di awal pagi sehingga sekarang. Dan pedih ulu hati. Mengidam? Macam-macam. Tambahan pula duduk di Bangkok dan apa yang diidamkan tu semua makanan di tanahair. Bila teringin tu, dapat rasa sikit pun sebenarnya dah rasa puas hati. Doakan saya ya :)

SUSU IBU
Masa minggu terakhir bekerja dulu, saya dah habiskan stok EBM yang ada. Stok pun sebenarnya cukup-cukup makan saja sebab pam di pejabat pun hasilnya cukup-cukup makan. Mungkin mind set. Nak habiskan stok yang ada sebab renyah nak angkut EBM naik kapalterbang. Lagipun nanti saya tak kerja. Dan bila duduk rumah, memang saya dah berhenti mengepam.

Dalam usia 23 bulan, Muhammad masih menyusu dengan saya walaupun makanan dan minuman lain pun semua Muhammad tak tolak. Dengan kandungan 18 minggu, saya sekarang dalam proses menceraikan Muhammad dengan susu. Tanpa kaedah-kaedah yang selalu dicadangkan orang tua-tua, saya mahu ia berlaku secara semulajadi. Saya kesian, saya sayang dan entah ada perasaan yang tak dapat dirungkai. Sekarang saya beri bila dia mahu sahaja. Jika tak minta saya buat tak tahu atau beri minum dalam cawan atau bancuhkan susu dalam botol sahaja. Malam-malam pun dah semakin jarang terjaga mahu susu.

LAIN-LAIN
Masa duduk di kampung haritu saya pergi buat buku merah. Buku saya kena tag warna hijau sebab saya kurang berat badan dan pernah ada kes bersalin secara pembedahan. Dan, sampai sekarang berat saya masih 45kg.



Wednesday, July 11, 2012

..::SEBAB TU LAH KENA PACKING AWAL::..

Ada budak suka sangat duduk dalam beg




Wednesday, June 13, 2012

..::BERMANDI PELUH::..



Friday, June 01, 2012

..::ALAHAI ANAK OMAK::..


Kerja budak yang tak mahu tidur. Pandai sorok bantal dalam kabinet.


Wednesday, May 30, 2012

..::BAYI TERAPUNG::..



Tuesday, May 29, 2012

..::BILA MAMA RAJIN::..

Hari ni Muhammad yang nak bercerita. Nak tunggu mama, tak tahu bila. Macam sibuk sangat mama tu. He he he. Sebab tu bila mama rajin dan nampak macam ada masa, mama mesti bawa Muhammad pergi main dekat tingkat 5. Kat situ ada play area, ada gym, ada kolam renang, ruang rehat dan taman tempat boleh jalan-jalan.

Dalam play area tu ada macam-macam permainan. Muhammad suka semuanya. Sampai kadang-kadang tak tahu nak pilih main yang mana dulu.

..::Ada keretapi macam-macam bentuk::..


..::Rumah gelongsor ni seronok. Muhammad dah pandai panjat sendiri untuk naik atas::..


..::replika rumah. Boleh berlakon tidur dalam rumah banglo::..




..::Boleh main masak-masak::..


..::Peralatan bertukang macam ayah punya pun ada::..


..::Alat muzik pun ada. Muhammad suka benda ketuk-ketuk keluar bunyi ni::..


..::ooooohhh.. kuda ku lari gagah berani::..


Selain daripada tu, ada set permainan golf yang Muhammad suka. Tiap kali datang sini, mesti tak lupa untuk main golf. Tapi, tak ada pula mama ambil gambar set golf tu. Mama lupa agaknya.

Ok. Cukuplah setakat ni dulu Muhammad tulis. Nanti Muhammad cerita pasal mandi kolam pula ye.

Babai. Muahs





Wednesday, May 09, 2012

..::WW#4 - KANAK-KANAK BELAJAR MELALUI PEMERHATIAN::..






Thursday, February 16, 2012

..::KUARANTIN::..

Ingatkan nak ambil cuti sehari. Nak berehat.

Sebaliknya kena kuarantin pula seminggu.

Mungkin ini ketentuan Allah untuk saya bersiap sedia untuk menjadi seorang suri rumah untuk 7 bulan akan datang.

InsyaAllah.

Ok. Sebenarnya Muhammad disyaki terkena virus tangan, kaki dan mulut. Itu yang kena kuarantin. He he he. Saya pula dapat cuti percuma.

Wednesday, February 15, 2012

..::JUNIOR MASTERCHEF::..



Tuesday, February 14, 2012

..::RINDU #02::..

Walaupun kadang-kadang dia menguji kesabaran saya sehingga menitis air mata, namun saya tetap tak sabar mahu menjemputnya dari taska.



Dan, bila dia tak sabar mahu mengutip lampin untuk dibuang ke dalam bakul sampah, kemudian bertepuk tangan sambil tersenyum dan menyebut "pandainya", segala perasaan yang menghenyek sanubari saya hilang begitu saja.

Monday, February 13, 2012

..::RINDU #01::..

Makan tak lalu

Tidur tak lena

Sambil menangis sayu

Mahu berdukung sentiasa

Wednesday, February 01, 2012

..::MACAM MANA DIA BUAT::..

Rentetan daripada gambar dalam entry sebelum ni. Dan yang pasti ada cerita di sebaliknya.

Itu gambar laci dresser yang dah terbalik. Terbalik sebab ada budak umur 15 bulan sedang giat meneroka segala yang ada di persekitarannya.



Macam mana Muhammad buat, saya sendiri tak pasti. Sedar-sedar sahaja sudah kedengaran bunyi 'gedegang!!' dan ada budak tergolek bawah laci sambil menangis.



Memang berderau darah saya bimbang Muhammad tersepit bawah kabinet tu. Sebab yang pasti kabinet tu sangat berat. Dan satu perkara yang buatkan saya rasa syukur sebab bahagian rak dengan cermin sudah kami pisahkan dan drill ke dinding. Tak boleh nak bayangkan jika ada kaca yang terlibat dalam kejadian ni.

Tapi, lepas dapat susu dan berhenti menangis, Muhammad kembali meneroka ruang yang dah terbuka luas di depan mata.



Haaaiihh.. Tak serik rupa-rupanya anak bujang ni.

Wednesday, January 18, 2012

..::JOM TOLONG MAMA DI DAPUR!!::..

Thursday, December 29, 2011

..::MUHAMMAD DAN YOUTUBE::..



Seawal umur 4 bulan, Muhammad dah tengok video melalui YouTube. Emak dan ayah zaman sekarang katanya, nak bagi anak diam dan leka jadi gunakan segala teknologi yang ada. Jom kongsi sama di antara video kegemarannya.



Video pertama kegemaran Muhammad. Saya pun suka karikatur yang comel tu. Lagu pun meriah. Di samping tu dapat juga dedahkan Muhammad dengan huruf-huruf arab.



Muhammad suka dengan karektor burung hantu dalam video ni. Dan sambil tengok kadang-kadang saya akan cerita kepada Muhammad tentang bintang yang jauh di angkasa dan sikit-sikit tentang kejadian alam ciptaan Allah ni. Harap-harap Muhammad faham la kan. Hiks.



Video terbaru kegemaran Muhammad ialah video klip lagu Erti Al-Fatihah oleh Voices of Ummi. Memang bagus lagu ni, sekaligus saya pun dapat menghafal erti surah Al Fatihah dengan lebih mudah ;)

Bila tengok video Muhammad memang leka. Tersengih, bercakap itu ini, tepuk tangan ataupun terpegun senyap. Orang lain mahu kongsi tengok pun tak dapat. Pegang iphone tak mahu lepas. Cuma kalau guna komputer, habis ditepuk-tepuknya keyboard sampai boleh 'hang'. Dan satu lagi sekarang Muhammad dah pandai tukar sendiri siaran TV. Huks.

Kesimpulannya, walaupun semuanya di hujung jari anda, masih ada kawalan diperlukan. Apa jua kaedah yang kita gunakan untuk melekakan anak atau menghiburkannya, ibu bapa kena tahu memilih yang mana baik yang mana tidak untuk perkembangan dan pendidikannya. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Namun, jangan sesekali kita lalai dan leka dek perubahan yang pantas itu.

Dan, saya masih dalam proses pembelajaran yang tiada kesudahannya ;)

Tuesday, December 13, 2011

..::CUAINYA SAYA!!!::..

Pertama sekali 'pang' diri sendiri sebanyak 100 kali atau mungkin lebih.

Kedua, dipendekkan cerita, semalam masa nak balik saya terkunci Muhammad dalam kereta yang belum dihidupkan enjin/pendingin hawa lebih kurang 1/2 jam - 45 minit. Dengan segala barang ada dalam kereta termasuk telefon yang dipegang Muhammad. Mujur saya turun serentak dengan Aril, lalu pinjam telefon Aril untuk telefon suami. Kemudian telefon CC untuk minta pertolongan. Dan gerombolan pun tiba lalu mengelilingi kereta sehingga membuatkan Muhammad di dalam berasa musykil dan mula menangis. Ya, panas juga faktor utama. Orang yang kat luar kereta pun panas, ni kan pula dalam kereta yang tertutup rapat.

Alhamdulillah, dengan idea daripada suami serta bantuan abang pakai baju produksi (yang saya tak tahu namanya), berusaha mencari dawai keras dan godek pintu, akhirnya pintu berjaya dibuka. Getah pintu yang rosak boleh dibeli baru, anak amanah Allah tak ada galang gantinya. Huks.

Dipendekkan cerita lagi, alarm dan central lock kereta saya tak berfungsi dengan baik, jadi saya buka kunci secara manual. Tapi sebab saya buka kunci sebelah penumpang untuk masukkan Muhammad dulu kunci pintu lain tak terbuka pun. Saya terlupa itu dan terus campak kunci di tempat duduk pemandu, konon nanti pusing sebelah sana baru nak start kereta. Saya buka juga kunci pintu belakang sebelah penumpang sebab nak masukkan beg dan stroller. Disebabkan kebiasaan, lepas letak Muhammad, saya terus tekan kunci dan tutup pintu. Kemudian masukkan stroller, tekan kunci dan tutup pintu. Bila pusing sebelah pemandu untuk start enjin, baru saya tersedar kereta dah berkunci dan anak ada di dalam.

Kesimpulannya, sebelum ni saya selalu juga terfikir-fikir, macam mana lah andainya saya tertinggal kunci dalam kereta yang berkunci. Dan akhirnya apa yang selalu menghantui saya telah berlaku dan lebih teruk, ada anak yang terkunci sama.

Apa sangatlah duit ratus-ratus ringgit yang perlu dibayar untuk betulkan central lock jika dibandingkan dengan nilai nyawa anak yang priceless. Sob sob sob.

Sujud syukur saya kepadaNya. Perbanyakkan istighfar dan muhasabah diri kerana pasti ada hikmah yang Allah beri disebalik semua kejadian.