Thursday, August 19, 2010

..::EKSPERIMEN::..

Sejak daripada 1 Ramadhan, sehingga ke hari ini saya sedang melakukan eksperimen. Eksperimen tentang jalan mana harus dilalui untuk sampai di rumah dengan cepat dan selamat. Untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan, faktor-faktor seperti berapa ringgit tol yang terpaksa dibayar perlu diketepikan seketika.

Ini catatan perjalanan saya bermula 1 Ramadhan sehingga semalam.

1 Ramadhan
4.40 petang dari pejabat melalui Jalan Raja Chulan ke Jalan Tun Perak terus ke Jalan Parlimen. Ini laluan tetap yang akan saya tempoh setiap hari. Hari pertama saya lalu SPRINT - NKVE - Guthrie, melalui jalan Batu Arang. Jalan Batu Arang juga adalah laluan tetap untuk ke rumah. Dan saya tiba jam 6.30 petang. Tol = RM2.60

2 Ramadhan
4.30 petang dari pusat servis kereta di Setapak. Melalui Mahameru - SPRINT - NKVE - Guthrie. Juga tiba jam 6.30 petang.

3 Ramadhan
Hari ni saya cuba jalan lain sikit. Jalan Duta - NKVE dan keluar di Bukit Jelutong. Tapi saya tak lalu susur Guthrie, sebaliknya terus masuk Bukit Jelutong dan lalu jalan dalam sehingga ke persimpangan Jalan Batu Arang. Owh, saya berjaya tiba jam 6.15 petang. Ada peningkatan di situ. Tol = RM3.30

6 Ramadhan
Saya ada kursus sehari di Angkasapuri. Laluan paling selesa ialah melalui NPE. Dan Alhamdulillah jam 5.00 petang saya sudah sampai di rumah. Gembira bukan kepalang :D

7 Ramadhan
Beranggapan bahawa keterujaan orang untuk berkejaran balik awal sedikit berkurangan, saya memilih untuk menggunakan SPRINT - NKVE - melalui jalan dalam Bukit Jelutong. Sampai rumah masih sekitar jam 6.15 petang. Kebetulan hari hujan dan saya mengalami sedikit kemalangan di susur keluar Bukit Jelutong.

8 Ramadhan
Saya bertekad mahu mencuba semula melalui Jalan Duta - NKVE dan jalan dalam Bukit Jelutong. Dan hasilnya, saya tiba di rumah jam 5.45 petang. Wow!!! Nampaknya ini lah jalan yang saya akan pilih sepanjang Ramadhan ini sekiranya saya tidak perlu singgah di Pusat Bandar Damansara.

Saya merasakan tiada masalah untuk menggunakan lalu ini kerana perbezaan jarak hanya sekitar 2-3 kilometer sahaja. Tetapi jika diberi pilihan di antara jarak dengan masa, saya akan memilih masa. Ya, masa itu sangat berharga.

Dalam pada itu, tips paling utama dan pesanan untuk diri sendiri juga - sentiasa bertenang dan jangan tewas dengan tekanan kesesakan jalan raya. Banyakkan Istighfar, InsyaAllah jiwa kita akan tenang.

7 comments:

Mya said...

saya tak boleh nak eksprimen.. sebab tiga-tiga jalan semua saya dah cuba.
jalan genting klang jugak yang terbaik..

madulebah said...

MYA :
Jalan Genting Klang walaupun macam pack tapi dekat je..

kami perlu eksperimen demi hasil yang memuaskan.. hi hi dan semalam berjaya masak untuk berbuka yeay!!

Rin said...

kami tak masak utk bebuka.. tp kami pun nk balik awal gak.. hik hik

asuharAsuE said...

komen saya sama jek dengan Rin! hahah...hati2 drive tu, awk tu bawak orang tu!

Ron97 said...

hang macam baru lepas kursus KMK @ KIK. hahaha

Lauren said...

Sian u, pregnant lagi. Pilihan pindah rumah berdekatan atau suami yang ulang alik jauh x boleh ker?

madulebah said...

RIN :
Hangpa dok Ipoh, tak berkaitan :p

SUE :
Ha ha.. ingat lumba-lumba balik awal sebab nak masak, rupa-rupanya berebut nak pegi param

AJID :
Aku tak penah pi kursus KMK pun :p

LAUREN :
Pindah rumah tak kot sebab rumah sendiri. Suami pun travel jauh kadang-kadang sebab kerja ikut site.

Solution, saya yang kena tukar kerja dekat, tapi susah nak dilepaskan sebab takde pengganti.