Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday, October 04, 2011

..::PERTUKARAN, PERPINDAHAN & SAMBUNG BELAJAR::..

Curi masa sikit. Pagi tadi keluar macam biasa 6.30pagi. Tapi sampai pejabat hampir jam 8.30pagi dek kerana ada kemalangan melibatkan 5 buah kereta sebelum sampai tol Jalan Duta. Boss tanya apa kaitan kemalangan dengan lewat sampai pejabat? Huk Huk Huk. Boss faham sendiri je lah.

Ni cabaran bila jarak rumah dengan pejabat sangat jauh. Berpuluh kilometer. Permohonan pertukaran dah hampir setahun, sunyi lagi. Kena tunggu giliran adalah jawapan standard. Lagipun lokasi yang saya pohon tu lokasi panas.

Baru-baru ni dapat maklumat mana-mana Jabatan yang menyewa kena pindah Putrajaya. Hati dah sedikit lega. Memang jarak Shah Alam ke Putrajaya tak jauh beza dengan jarak ke Kuala Lumpur. Tapi sekurang-kurangnya saya tak perlu masuk pusat bandar. Cuma, semalam pegawai yang berkaitan beritahu kemungkinan besar Jabatan tak jadi pindah. Sebaliknya mungkin akan ambil alih pejabat lama di Jalan Dato' Onn bila Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pindah ke Putrajaya. Katanya lagi mungkin kos pengubahsuaian jadi faktor. :(

Sembang-sembang dengan suami, lalu dicadangkannya supaya saya ambil cuti dan sambung belajar jika susah sangat nak dapat tukar atau tak jadi pindah Putrajaya. Mencabar juga cadangan tu. Ye lah kalau sorang-sorang mungkin mudah. Ni dah ada suami, ada anak mana nak belajar dan buat tugasan lagi. Mampu ke saya nak beri komitmen untuk semua ni. Lagipun nak tuntut ilmu kena lahir dari hati. He he.

Bila fikirkan semua ni, hati memang terasa benar nak berhenti kerja dan tumpukan perhatian terhadap keluarga serta rumahtangga. Kata seorang kawan, bila dah berhenti nanti hati meronta-ronta pula nak kerja semula. Ada juga kawan yang terfikir, bagaimanakah 'nasib' kita pada masa akan datang bila tak ada pendapatan sendiri jika sesuatu yang 'buruk' berlaku. Mungkin kaunselor boleh bagi pandangan berdasarkan pengalaman.

Keputusan pertukaran atau perpindahan bukan di tangan saya. Namun yang lain, terpulang kepada saya. Dan, apa pun keputusan yang saya pilih, ada pro dan kontranya juga.

Thursday, September 29, 2011

..::SEMANGAT BARU::..

Sebelum mula cerita, tengok perbandingan wajah saya dengan Muhammad. Anak teruna saya tu dah nak setahun bulan depan. Isk cepatnya masa berlalu.



Ok sebenarnya tiba-tiba, semangat saya untuk menulis blog telah kembali. He he he. Mungkin sempena ulangtahun kelahiran saya yang baru berlalu 2 hari lepas. Atau mungkin sebab banyak sangat perkara berlaku dan terlalu cepat berlalu, tak sempat nak didokumentasikan. Jadi blog adalah tempat yang paling sesuai.

Sebagai langkah permulaan, tukar skin blog supaya tak bosan kepada saya. Dan harap pembaca pun ada semangat semula. Ha ha ha. Nanti perlahan-lahan saya kemaskini pautan semua tu.

Dan langkah kedua saya rasa nak bagi hadiah kepada siapa yang berjaya jadi follower ke 100. Ha ha ha.. orang lain pengikut dah beratus-ratus malah ada yang cecah ribu-ribu pun.. Tak kisah la sebab saya bukan nak bersaing dengan sesiapa pun dan bukan juga untuk populariti. Ia sekadar motivasi untuk saya tanda penghargaan kepada pembaca.

Langkah ketiga tentulah kena rajin kemaskini. Tak kisah la cerita terkini atau tertangguh. Uhuk. Itu cabaran untuk diri sendiri. Bila rajin kemaskini, maka ramai la yang berkunjung. Kalau berbulan-bulan tak update orang pun malas nak jenguk, kan.

Ok entry ini tamat begitu saja. Ihiks.

Akhir kata selamat hari ulangtahun untuk diri sendiri. Syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi nikmat pinjaman nyawa kepada saya untuk terus berbakti dan mempersiapkan diri, InsyaAllah.

Friday, April 22, 2011

..::PINDAH::..

Saya nak pindah. Tak lama lagi. Nanti saya bagitahu.

Dan kalau cakap pasal pindah tempat kerja, mesti Ajid dengan kak PNut akan kejikan saya. Apa tidaknya dah bertahun-tahun cakap nak pindah, tapi masuk tahun baru tetap di tempat kerja yang sama. Sudah masuk tahun ke 11. Sedangkan Ajid dengan Kak PNut dah 2 - 3 kali tukar tempat kerja.

Hmmmm.. apa nak buat. Rezeki masing-masing kan. Saya pasrah dan redha.

Tapi dulu boleh lah saya begitu. Apa yang dibuat tak perlu fikir hati dan perasaan orang lain. Diri sendiri saja. Sejak dah ada suami dan anak, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semula.

Dan saya sangat mendambakan untuk bekerja dalam jarak yang dekat dengan tempat tinggal.

Apa-apa pun, pindah tempat kerja tak ada kaitan dengan tajuk pindah di atas.

Thursday, May 06, 2010

..::HABIS CARA::..

Kehidupan seperti biasa. Sibuk. Alasan tidak kemaskini blog dalam tempoh yang lama.

Minggu lepas saya asyik pergi kursus. Maklum sajalah bila bulan April menjelang pelbagai aktiviti diatur untuk meraikan setiausaha. Tahun ini saya ambil peluang untuk hadir kursus. Dirasakan lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan menghadiri luncheon. Tapi siapa yang hadir luncheon tu jangan pula kecil hati. Terpulang kepada diri dan majikan masing-masing.

Memandangkan saya sangat susah untuk dapat peluang berkursus jadi bila ada ambillah kesempatan. Dan kakitangan Kerajaan mesti memenuhi kuota 7 hari berkursus dalam setahun. Kalau lihat 7 hari tu macam sikit dan mudah saja nak cukupkan dalam masa setahun. Tapi sila percaya bahawa sudah 2 tahun kuota kursus saya tak cukup. Percuma saja hilang markah di situ.

Ini pula tentang blog. Saya sudah habis ikhtiar untuk tukar font di sidebar seperti font yang saya mahu. Cuma satu bahagian yang berhasil. Yang lain kekal seperti asal. Atau sebenarnya mungkin saya kena guna template yang ada 2 column saja? Ini sajalah mahu guna multiple column untuk sidebar. Sudahnya jadi caca-marba. (eh macam ada ritma di situ).

Dalam hal yang lain, hmmm sekejap saja sudah bulan Mei.

Thursday, April 29, 2010

..::BERJAYA!!::..

Yeay!!!

Saya berjaya buat. Rupa-rupanya ada silap sikit dengan percubaan sebelum ni. Patutlah tak menjadi. Biasa lah orang pengurusan pejabat nak baca coding.

Kawan saya kata besar sangat. Orang buta pun boleh nampak bila baca. He he he.

Memang pun. Saya tahu tu. Nanti saya tukar tulisan lain dan reduce saiz.

Tapi, nanti tu mungkin bulan depan.

Wednesday, July 01, 2009

..::MUJUR FB & BLOG TAK ADA PADA ZAMAN DULU::..

OK. Sila marahkan diri sendiri yang degil.

Saya sepatutnya baca buku untuk peperiksaan. Tapi saya begitu sibuk bercucuk tanam di FB. Di samping itu, saya juga sibuk membaca dan membalas komen di blog saya ini. Kemudian, saya tulis entry baru. Tidak ketinggalan, saya juga melawat blog-blog yang dikemaskini.

Pagi tadi saya sudah selesai satu peperiksaan. Rasa mahu menangis pun ada bila tangan sudah lenguh-lenguh menulis. 3 jam masa diberi untuk menjawab 5 soalan esei. 5 soalan tu hanya tajuk besar. Daripada 5 itu, dipecah-pecahkan lagi kepada 3 - 4 soalan kecil. Sebenarnya rasa mahu menangis juga bila saya cuma sempat jawab 4 daripada 5 soalan yang sepatutnya.

Ok. Sekali lagi sila salahkan diri sendiri yang tidak baca buku dan sibuk bercucuk tanam di FB serta melawat-lawat blog. Oh, semalam saya juga begitu asyik menonton siri Ugly Betty dan Desperate Housewives.

Mujur juga FB dan blog tak ada pada zaman dahulu ketika saya masih bergelar pelajar. Kalau tidak, tentu saja saya leka dan sekaligus melingkupkan pelajaran saya. Lalu, entah apa akan jadi pada nasib saya. Hmmm.. OK.. masa tidak boleh diundur semula. Itu hakikatnya.

Jadi, pergi baca buku dan tinggalkan FB dan blog buat sementara waktu. Demi masa depan. He he he