..::
SAYA SUKA - SAYA CUBA::..
Hujung minggu yang baru lepas, saya duduk di rumah saja. Tidak jejak tanah langsung. Jadi apa saja yang boleh dibuat jika bukan masak dan makan. Kebetulan saya sangat tertarik dengan resepi yang diperolehi dari blog
Ayin. Disusuli sesi bersembang-sembang dengan
AM tentang resepi itu. Lalu saya cuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Oh, kakak saya kata kabinet dapur saya itu umpama kedai runcit. Dan. Dia beli susu sejat dari kabinet saya. Ha ha ha.
Berbalik kepada cerita tentang masak. Ini hasilnya. Gambar tidak begitu jelas kerana saya tiada camera yang hebat untuk merakam imej berkenaan.
Ok, mungkin rupanya tidak begitu cantik sebab merekah di tengah-tengah. Saya guna oven dapur gas. Tahap kepanasan yang tidak dapat dikawal dengan tepat. Tapi, saya tidak tipu rasanya memang sedap.
Dan. Di sini saya juga mahu kongsi resepi kek coklat lembap versi saya dan keluarga yang selama ini digunakan. Bahan-bahan dan cara membuat lebih kurang sama dengan resepi dari Ayin. Mudah, ringkas dan sedap.
KEK COKLAT 'MOIST'
2 cawan gula caster
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu sejat
1 cawan air suam panas
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
CARA-CARA
1. campurkan kesemua bahan (kecuali air panas). Gaul rata
2. masukkan air panas, kacau sehingga sebati
3. bakar dalam ketuhar (150◦c) selama 45 minit
* satu petua untuk kek lembap: Letakkan loyang berisi air di tingkat bawah loyang berisi bancuhan kek. 4. dah sejuk, hias dengan topping coklat untuk lebih cantik dan sedap..
Selamat mencuba. Tak kira resepi yang bagaimanapun, yang penting masak mesti dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.