Kumpulan saya, mewakili Kementerian berjaya melangkah ke peringkat akhir. Buat pertama kali. Dan. Bertemu pula dengan si juara bertahan. Tentu boleh dijangka bagaimana keputusannya. Hmmm juri agak klise. Tapi nanti dikatakan itulah cakap-cakap orang yang kalah. Cuba kalau kami jadi juara. Tentu gembira dalam diam. Maklum sajalah dapat RM4,000.00. Ha ha ha..
Sebagai Naib Juara kami bawa pulang piala, sijil penyertaan, cenderahati (berupa buku) dan wang tunai RM2,500.00. Syukur lah. Yang penting sijil penyertaan tu. Eerrr.. Dah tua-tua pun masih mahu kumpul sijil. Ha ha ha..
Gambar kumpulan itu diambil sewaktu Separuh Akhir. Gambar semasa Saringan dan Peringkat Akhir ada dalam kamera kawan saya. Dia sangat sibuk dan marah bila saya tanya pasal gambar. Walaupun saya beritahu mahu masukkan dalam blog. He he he..
Dan sekali lagi. Seperti ayat skrip. Kalah dan menang adat pertandingan. Yang penting pengalaman yang dilalui adalah tidak ternilai. Bak kata orang DBP yang *tuut* - sila kaji punca kekalahan kamu. Tahun hadapan sila cuba lagi.
Sambar umpan tepi perigi
Usah gundah usahlah walang
Tahun hadapan cuba lagi
3 comments:
Tahniah!
Alhamdulillah,
usah gundah usahlah walang,
tahun hadapan cuba lagi,
tempat keduapun bukan kepalang,
bolehlah belanja kami mee kari?
tahniah.
Hihi. Kalau kami berpantun.. habis kena pukul dengan penonton. Haha.
Saya ingat nak ambil awak jadi MC la.. Oke tak? Haha.
Post a Comment