Thursday, November 13, 2008

..::NOSTALGIA '90an : SAYA NAK MASUK U JUGA!!::..

Cita-cita saya mahu jadi wartawan. Nak jadi wartawan mesti kena masuk U. Nak masuk U, keputusan SPM mesti kena cantik. Nak keputusan SPM cantik mesti kena belajar betul-betul. Lagipun kakak-kakak saya masuk U. Abang saya yang sudah umur 30 pada waktu itu pun pergi masuk U. Takkan saya nak tinggal saja di kampung.

Tapi bila mengenangkan itu, saya jadi ngeri. Kenapa tidak. Sejak dari sekolah rendah (UPSR) sehinggalah sekolah menengah (PMR), saya tidak pernah dapat huruf lain melainkan C untuk Matematik. Pergilah tuisyen atau kelas malam di asrama, keputusannya tetap sama. Sudahlah pada zaman itu, jika tak lulus Matematik, mata pelajaran lain yang A1 pun tak berguna.

Jadi. Usaha tangga kejayaan. Jika mahukan sesuatu harus diusaha sendiri. Tak kan mahu diharap orang lain.

Selepas peperiksaan percubaan, saya terpilih untuk mengikuti klinik Matematik. Dalam klinik, baru saya faham. Oh, kalau setakat faham saja tapi tidak juga berusaha semuanya tetap akan sia-sia. Orang kata Matematik ni kena rajin buat latihan. Jadi, siang malam pagi petang subuh senja saya buat latihan Matematik. Sehinggalah hari peperiksaan. Dan saya jawab dengan tenang. Sambil berharap nasib saya akan berubah suatu hari nanti.

Maka, di hari keputusan diumumkan. Dengan penuh debar saya naik bas merah menuju ke sekolah. Tangan mengeletar sewaktu tandatangan penerimaan slip keputusan. Perlahan-lahan saya buka dan cari keputusan untuk Matematik. Tertancap saja mata ke angka yang tertera, satu helaan nafas paling lega saya luahkan. Sudah tidak peduli dengan keputusan yang lain.

Cita-cita saya mahu jadi wartawan walaupun sekarang saya bukan wartawan. Dan saya bersyukur dapat C3 untuk Matematik.

15 comments:

Kak Yong said...

Ya betull!!!!! Nak dapat markah cantik dalam matematik kena banyak buat latihan....

Org dulu², x payah p tuisyen pun dapat markah cantik utk matematik kan...

G plak x sangka dapat markah yang terbaik utk matematik dalam SPM..X pernah nak pk mcm ko nak yang bagus utk matematik kerana GEE X SUKA MATEMATIK.....PENING KEPALA...bila dah kerja, terlibat gak ngan kiraan...Aduh, sakit kepalaku...

Mya said...

kami dapat P7 saja. :p

Cik Jah said...

nida, C stand for 'comey'...hikhikhik...matematik SPM aku pun 'comey' cam hang jugak. serupa arrrr....

Nida Shaari said...

GEE :
Kau memang orang bijak-bijak.. penerima sijil Dekan katakan.. manakan sama dengan aku ni..

MYA :
P masih ok daripada F

PJAH :
Comel dan Cute kan? ha ha ha

Denanz ... said...

tak kesah le.
jagung kukus lu memang sedap!
haha.

tentangseseorang said...

kak.. ady dulu SPM. add math cukup takut. selain dari F9 ady tak pernah lain. kena pulak masa form 5 dapat cikgu yg suka mengeluarkan perkataan bodoh dan menyumpah2. sudahnya satu kelas jadik tertekan. seb baik ada bebudak yang brilliant dalam kelas sanggup ajarkan ketika waktu prep. bila dapat result, dapat p7 pun dah melompat kegirangan. sebab masa tuh target nak lulus sahaja. ehehehehehe.

Kak Yong said...

Tp bijak ku x kemana pun....masih di sini dan menunggu peluang yang lebih bermakna dengan keputusan...Sedihnyaaaaa!!!!!

Nida Shaari said...

DENANZ :
Ha ha ha.. Ke situ pulak dia..

ADY :
Akak ada sorang kawan baik yang Math dan Add Math dia A1.

GEE :
Mungkin kena bukak business sendiri kot?

tasekM said...

nida, maths aku mmg tak ada masalah tapi sejarah la pulak aku bongok. haih~

Anonymous said...

hehe..citer pasal math kan..ms skolah rendah cemerlang sgt math.bila masuk sek menengah (asrama) dah rasa kalah..pastu x penah lulus math dr form 1 smpi form 3-asyik dpt D atau E jer..1st time lulus math adalah masa PMR-saya trus dapat A..heheh! cool tak..

paiseh said...

orang2 tua dulu x penah pon balajr math.. terer gak kire duit..!

Nida Shaari said...

TASIK :
Tu pasal kau ambik accounting kan?

Aku? Akaun pun dapat P7 je.. ha ha ha

ARIN :
Wow!! Ada keajaiban di situ.. ahaks..

Tapi budak-budak sekarang mudah sangat siap boleh bawak kalkulator saintifik lagi

PAISEH :
Kira duit sapa pun terer

cik puan daun said...

saya terer math walaupun tak hafal sifir... :P kui kui kui

Marliza Radzi said...

syabas! hehe.

Nida Shaari said...

DAUN :
Sebab ada buku sifir 4 angka!! Aku suka buku tu.

Eh buku tu bukan fasal sifir kan? ha ha ha

AM :
Ya!! Tepukan untuk diri sendiri