Wednesday, November 26, 2008

Bila ku bisikkan puisi cinta
Dan Tugu Peringatan Negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa


Semalam. Saya cuti tanpa rekod. Ada exam di pagi hari.

Jadi, saya merancang untuk ke Tugu Negara. Niat asal memang mahu bisikkan cinta. Sambil makan tengahari. Tapi orang yang mahu dibisikkan cinta bercuti pula semalam.

Kerana masih mahu makan di Tugu Negara, alternatif perlu dicari. Mya diajak sebagai pemandu pelancong merangkap peneman makan tengahari. Lagipun Mya yang tahu pasal tempat ni. Saya cuma tahu akan kewujudan tempat makan ni lepas baca dalam blog Mya.

Boleh tahan juga makanan di sini. Saya pilih lauk ikan keli dan sayur pucuk paku goreng. Dan Mya pilih lauk ayam kampung, sambal dan gulai lemak rebung. Oh, saya tak sangka Mya makan rebung. Tapi betul juga. Katanya kan tak memilih makanan. Saya ni cuma tak pernah cuba. Jadi anggap saja tak makan rebung tu.



Lepas kenyang makan-makan sambil bincang-bincang agenda kami jalan-jalan ke bawah. Ada butik cokelat di situ. Ini gambar yang berjaya 'dicuri' rakam. Sebelum Auntie penjual tu tegur "Miss u tak boleh ambil gambar itu macam ya.."



Saya sangat berkenan dengan cokelat yang berbentuk alatan pertukangan itu. Wah, sangat gagah kelihatannya. Dan ada bermacam jenis cokelat lagi. Cuma harganya agak mahal. Yang tak berapa mahal ialah cokelat yang saya beli tu. Beli sekadar untuk tidak mengecilkan hati Auntie yang rajin melayan kami.

Saya hantar Mya pulang ke pejabat ketika jam menunjukkan hampir 2.00 petang. Kemudian saya teruskan perjalanan pulang ke rumah. Ada misi lain perlu dilaksanakan. Tugu Negara akan saya kunjungi lagi. Nanti.

Terima kasih ku ucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...

3 comments:

Mya said...

kecoh la auntie! i nak masuk dlm blog la nie.. hikss..

paiseh said...

dah 7 8 tawun kat KL..
skali pon x penah nmpak tugu negara.. hukhukhuk..!!

Nida Shaari said...

MYA :
Apa itu blog?? Saya tak tau la..

ha ha ha

PAISEH :
Tugu Negara tu bukan tepi jalan macam Muzium Negara atau Bangunan Parlimen... memang la tak akan nampak..