Tuesday, November 11, 2008

..::MACAM OSHIN::..

Sekitar tahun lepas, drama Oshin yang popular masa zaman saya kanak-kanak dulu diulang tayang. Ada kawan cakap, tengok Oshin teringat pada saya. Katanya ada iras-iras. Di mana irasnya itu, tak pula saya tahu.

Hari ni saya berbual dengan kawan. Saya beritahu dia bahawa saya baru pandai makan bubur nasi. Baru sangat. Kerana masa kecil-kecil dulu mak beri saya makan nasi kepal. Kawan saya tanya, nasi kepal yang macam Oshin makan tu ke?

Oh, Oshin pun makan nasi kepal kah? Tidak pula saya tahu. Hmmm agaknya itu lah sebab kenapa saya macam Oshin. Tapi. Kenapa warna kulit tak macam Oshin pun? Ha ha ha

8 comments:

tentangseseorang said...

org jepun memang makan nasik kepal kak.

MAMA ESHAELYN said...

hehehe tak sama sebab dia mkn beras jepun, hang makan beras mesia...tu warna kulit tak jd sama hiksss.

madulebah said...

ADY :
Eh, ya la kan. Akak pernah tengok dalam satu kartun jepun.

PJAH :
Ooohh.. macam tu ka? Maknanya kalau nak kulit macam tu, saya kena pindah duduk Jepun dan makan beras Jepun lah.

ha ha ha

cik puan daun said...

oshin tu jepun.. ko tu banjar.. sbb tu la kulit ko tak mcm oshin..

sekian.. :P

tasikmerah said...

ye daun, nida banjar kuning langsat. aku ni banjar hitam terus. silap kacuk gamaknya. ha ha.

Amy Z! said...

tang mata je la kot. sepet sikit. :-)

paiseh said...

kesiaaan oshin.. dh xde org lain ke org nak samakan..?
wakakakakaa..!!

madulebah said...

DAUN :
Ha ha ha...

Mungkin aku kena makan tempe pulak?

TASIK :
Aku rasa ko kena pakai speck lagi tebal la..

Kaler ko tu lagi cerah dari aku lah.

AMYZ :
Itu memang mata orang banjar. Ia dipanggil "bakup"

ha ha ha

PAISEH :
A'ah, kesian kan?