..::SAYA SUKA - SAYA CUBA::..
Hujung minggu yang baru lepas, saya duduk di rumah saja. Tidak jejak tanah langsung. Jadi apa saja yang boleh dibuat jika bukan masak dan makan. Kebetulan saya sangat tertarik dengan resepi yang diperolehi dari blog Ayin. Disusuli sesi bersembang-sembang dengan AM tentang resepi itu. Lalu saya cuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Oh, kakak saya kata kabinet dapur saya itu umpama kedai runcit. Dan. Dia beli susu sejat dari kabinet saya. Ha ha ha.
Berbalik kepada cerita tentang masak. Ini hasilnya. Gambar tidak begitu jelas kerana saya tiada camera yang hebat untuk merakam imej berkenaan.
Ok, mungkin rupanya tidak begitu cantik sebab merekah di tengah-tengah. Saya guna oven dapur gas. Tahap kepanasan yang tidak dapat dikawal dengan tepat. Tapi, saya tidak tipu rasanya memang sedap.
Dan. Di sini saya juga mahu kongsi resepi kek coklat lembap versi saya dan keluarga yang selama ini digunakan. Bahan-bahan dan cara membuat lebih kurang sama dengan resepi dari Ayin. Mudah, ringkas dan sedap.
KEK COKLAT 'MOIST'
2 cawan gula caster
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu sejat
1 cawan air suam panas
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
CARA-CARA
1. campurkan kesemua bahan (kecuali air panas). Gaul rata
2. masukkan air panas, kacau sehingga sebati
3. bakar dalam ketuhar (150◦c) selama 45 minit
* satu petua untuk kek lembap: Letakkan loyang berisi air di tingkat bawah loyang berisi bancuhan kek.
4. dah sejuk, hias dengan topping coklat untuk lebih cantik dan sedap..
Selamat mencuba. Tak kira resepi yang bagaimanapun, yang penting masak mesti dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
15 comments:
Kalau jumpa kak Tin, minta resepi Mi Rebus JB. Sodap!
patut la saya bau smpai ke puchong....saya tunggu awak hantar tp nan adoooo...huhhhh saya merajuk!!!.
kami teringin cuba. cuma masanya tidak tau bila.. :p
dah aku tau kek coklat yang kau selalu buat utk aku tak pernah tak sedap. peberet abang tuh!
./imie
TOK R :
Wow!! Harus dicari dan dicuba tu.
PJAH :
Alamak!! Merajuk kah? Jangan la macam tu.. Buruk tau..
Nanti saya buat istimewa untuk awak sempena birthday awak yang dah berbulan-bulan lepas tu ya..
MYA :
Kami pulak teringin nak ada oven letrik pulak.
Eh, relevan keh?
IMIE :
Har har har.. Tahu kan apa resepi rahsianya?
kak... satu soalan tak cerdik dr org tak baper pandai nak masak...
campur sumer tuh... makna kata takyah pukul telur dulu ngn gula + minyak jagung? minyak jagung tuh ganti marjerin/butter kan?
ada rasa susu tak?? susu sejat 1 cawan tuh cam byk je bg sy yg tak minum susu nih...
kalu resepi saya, susu tuh ganti ngn air dan telur juga 6 biji...
KEHELAN :
1. Tak payah pukul. Kacau rata-rata agar campuran tepung/koko tak berketul-ketul. Ya, minyak jagung ganti mentega.
2. Satu cawan tu sikit je. Lagipun susu sejat tak macam susu UHT yang kita minum tu. Sesungguhnya, tiada rasa, bau atau warna. Yang ada hanyalah koko sahaja.
2. Kalau air - kurang umph lah. Hmm 6 biji telur tu agak banyak pada akak. Macam kek span pula. 2 - 4 dah memadai
ok... tq... nak cuba la balik raya aji nnt... mcm best jek..
thanx again!!
aku pakai oven redeem bonuslink. sungguh mangkuk hayun. kekejap dia panas. kekejap dia sejuk. tak ada disiplin langsung. nak buat kek pun rasa nak merajuk kt oven tu.
err... romlah tu datang melaka naik basikal ke hah? tak sampai2 lagi nih... ha ha.
kalau boleh rasa lagi best yang amat tu!
KEHELAN :
Ok. Selamat mencuba!!
TASIK :
Barang percuma selalunya memang macam tu.
Eerrr.. Romlah pergi Melaka jalan kaki. Kan kereta dia remuk dihempap Kate..
ASUHARA :
Bagi alamat, saya pos nanti
Ahaks
begitu lengkap dapur anda! jeleslah! hehe.
Nida.. mana barang dia tak lengkap? Hakhak.
Uh! Merajuklah. Tak pernah pun buatkan aku kek nih!
Takpe. Nanti aku print resepi ni tampal kat es-box. Hakhak.
salam,
ejaan yg btul ialah resipi... tq.
AM :
Dapur mungkin lengkap
Tapi rumah belum ada 'tangga'nya
ha ha ha
AMYZ :
Hak hak hak..
Tampal kat es-box tu supaya senang nak rujuk..
AL-BIMA :
Salam,
Oh, ye ke.. Terima kasih. Nanti saya akan betulkan semula
Post a Comment