Wednesday, November 05, 2008

..::BILA YANG TAK MENGANDUNG MENGIDAM::..

Sehari sebelum gas memasak habis, saya sempat masak lauk yang dah lama saya teringin nak makan. Sejak dari bulan puasa lagi. Tapi asyik tertangguh saja. Kawan saya kata, saya ni kalau mengidam mengalahkan orang yang mengandung. Ha ha ha.. Saya peduli apa. Bukan saya suruh awak masak. Jadi, kebetulan kakak saya ada di rumah, dan saya punya teman untuk bersuka-suka, semangat itu lebih membara.

Ini apa yang saya teringin nak makan. Kari ikan bawal campur bendi dan roti canai yang dibuat sendiri.



Sangat nikmat. Ikan bawal segar saya beli di Pasar Malam Seri Serdang. Isinya tebal dan manis. Bendi pun saya beli di pasar malam yang sama. Untuk rempah kari - sila gunakan rempah yang asli seperti Baba's atau Alagappas. Hasilnya memang marvelous . Eerr.. tapi kalau awak tak pandai masak, guna la ikan segar baru angkat dari laut, bendi baru petik dari pokok atau rempah sekilo pun, tak menjadi juga kan? ha ha ha..

Eh, saya tak berniat mahu memperkecilkan sesiapa. Itu hak masing-masing. Saya tak kisah kalau ada kawan saya yang tak berapa pandai memasak. Janji dia tidak menyakiti hati saya. Itu sudah cukup untuk saya tetap bersahabat dengannya. Lagipun kalau semua orang cekap dan hebat memasak, tentu rugi orang yang berniaga kedai makan.

8 comments:

pHu YinG said...

Roti telur satuuuu!!!

;-p

Anonymous said...

ya ya aku tak pandai masak tapi aku rajin mengemas so ok jer, kau masak aku kemas, fair deal ah tuh kan kan kan?

-ika yang lagi mendanguk kat ofis nida-

ps: teringat plak, rendang ayam aku mana pah?

cik puan daun said...

aku pi pasar malam.. terasa byk nafsu nak memasak.. tapi tak larat nak menghadapi bawang-bawang dan tumis2... uhuksss.. :(

Marliza Radzi. said...

ikan bawal tak pernah saya masak jadi kari. selalunya digoreng sweet sour. sedapnya!

tasikmerah said...

aku kalau kari bawal tu dah bulih dah... tapi roti canai... alahai... haram tak pernah sekali pun aku buat....

kamu bab2 masak ni mmg aku tabik haih~


.

madulebah said...

YING :
Teh tarik x mau??

IKA :
Ya, setiap orang ada kecenderungan masing-masing. Jadi tak perlu memperkecilkan sesiapa.

Aku. Nak mengemas memang perlukan suntikan motivasi dalam dos tinggi. Tapi once dah start dan buat, boleh aje.

Rendang ayam tunggu kau datang next session ya

DAUN :
Kau beli aje.. Tak pun suruh encik suami yang masakkan..

AM :
Bawal sweet sour pun sedap. Tapi ni nak cicah roti canai dan kari ikan yang biasa akak buat cuma bawal atau ikan kembung aje..

TASIK :
Mak aku buat roti canai sendiri. Dari kecik aku selalu mengadap bila dia uli dan tebar tepung.

Mya said...

ya ya ya. kami memang tak pandai masak. tapi hangpa sayang kami jugak kan kan kan? :p

madulebah said...

MYA :
Ya.. ya..

Masak itu kemahiran. Boleh belajar dan boleh diajar..