..::SIRI MAKAN-MAKAN::..
Saya. Memang suka makan. Dan saya tak kisah untuk makan atau mencuba makanan di restoran-restoran baru. Yang mungkin harganya agak mahal. Sekali-sekala. Arwah ayah saya pun selalu pesan. Kalau bab makan tak perlu berkira.
Saya agak ketinggalan di sini. Orang lain sudah berkali-kali makan di OldTown White Coffee. Tapi saya baru mencuba. Saya makan bersama kawan-kawan dalam kumpulan pantun. Kebetulan kami ke Pasar Seni untuk dapatkan busana.
Kawan-kawan saya makan nasi lemak. Saya makan mee udang dan minum air spirulina. Nanti saya mahu cuba mee kari pula. Kata menu, mee kari di sini sedap dan sering menjadi pilihan.
Oh, restoran ini bukan dalam kategori restoran mahal ya. Dan saya suka konsep - kita sendiri yang tanda di kertas 'order'.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
11 comments:
ape kes pegi cofee house x minum kopi..
kena isi borang sendiri coz waiter nepal tak tau cakap melayu. ha ha ha.
ke air daun ketum tu nida.....?
ha ha
.
OTWC mmg ada di mana2.. tp klu nk rasa suasana kopitiam yg paling real dan klasik sila lah dtg ke OTWC dkt padang ipoh, blakang ipoh high court..
kak nida, mee kari kat situ mmg sedap giler (ini pengakuan ikhlas drpd seorang yg x suka makan mee kari) hana pi makan kat situ 2 hari berturut2 (so..rasanya mesti hgpa betapa sedapnya mme kari dia)
sila la cuba. insyaAllah x menyesal :D
hana
PAISEH :
Katakan 'TAk Nak!!' kepada kopi
TOK R :
Ahaha.. ya tak ya juga. Nanti salah order - marah pula.
Tapi best sebab dia pakai sistem kod.
TASIK :
Kalau tak salah aku air daun ketum warna perang
ARIN :
Waaa rindunya Ipoh..
Ok nanti akak ada masa boleh la singgah-singgah Ipoh.
HANA :
Wah!! Harus dicuba ni.
Ada sesiapa nak belanja? Ahaks
aku tak pernah mkn situ.. ehehehe.. :)
air spirulina tu sedap tak??
rugi weh, kopi dia sedapppppppp!
sayapun suka konsep tanda sendiri tu!
sedapnya Nasi Lemak dia!!!
DAUN :
Kau makan kat Chilli's aje.. :p
MRSAZI :
Mesti lah sedap.
ASUHARA :
Okey la nanti saya cuba. Tapi lepas tu harus la saya kena minum air kosong banyak-banyak. Kena detox
AM :
Comel kan konsep tu.
Ahaks
Post a Comment