Tuesday, November 04, 2008

..::KEJUTAN YANG TERKEJUT::..

Sejak hari Sabtu, kakak saya ada di rumah. Tumpang tinggal 3 hari sementara suaminya pergi bertugas ke luar daerah.

Semalam. Seperti biasa saya pergi bekerja. Tinggal kakak saya di rumah. Itu memang pekerjaannya. Surirumah.

Tiba-tiba jam 12.30 tengahari, kakak saya telefon. Suara agak cemas. Hah! kenapa pula?

Rupa-rupanya gas memasak habis. Dan waktu itu dia sedang membakar kek. Yang pada asalnya konon-konon mahu dijadikan kejutan untuk saya. Bila balik dari pejabat.

Ha ha ha.. Apa-apalah dia tu. Cubaan pertama. Mahu dijadikan kejutan. Sudahnya dia yang terkejut. Cuba dikukus dalam periuk nasi pun tak berjaya. Mujur juga lepas saya balik, beli gas dan bakar semula kek, hasilnya masih gebu dan sedap walaupun tidak naik seperti kebiasaan. Mungkin berkat keikhlasan dan resepi yang hebat kek itu tak jadi merajuk.

Oh, ya saya silap. Tidak simpan nombor telefon pengedar gas memasak yang tinggal berhampiran rumah. Dan saya tak sangka gas itu mampu bertahan selama setahun 2 bulan walaupun saya rajin memasak. Ha ha ha

5 comments:

tasekM said...

setahun 2 bulan? gas cap apakah itu?

Layla Haq said...

Setahun dua bulan? Macam tak relate dengan statement kedua iaitu 'rajin memasak'.

Hahahha....

Amyz! said...

Nida masak guna gas paling kecil. Tu sebab gas dia tahan lama tu. ;-)

Kan, Nida kan?

Hikhik.

Anonymous said...

bukan setong gas itu mampu bertahan selama tiga belas tahun?

bukan?

Nida Shaari said...

TASIK :
Tentulah cap Petronas..

*Saya tidak dibayar untuk iklan ini*

ha ha ha

BAYAN :
Tak relate ek? Saya ingat lagi rajin masak, lagi tahan gas tu

AMYZ :
Ha ha ha..

PO :
Bukan