Sunday, November 02, 2008

..::MASKARA SHORTIES : THE UNTOLD STORIES::..

Malam tu
Lautan manusia di setiap penjuru
Mujur polis dan FRU
Tak datang serbu

Saya tak boleh nak komen tentang filem. Sebab satu filem pun saya tak dapat nak tengok. Tapi jika mahu cerita tentang penonton, memang diluar jangkaan penganjur. Setiap lapisan masyarakat turun. Kanak-kanak, remaja, orang muda malah golongan veteran juga kelihatan.

Mungkin kerana konsep kali ini sangat berbeza dengan siri MASKARA terdahulu. Mereka bawakan himpunan filem pendek. Menampilkan hasil kerja pengkarya yang sudah dikenali ramai juga yang baru mahu berjinak-jinak. Dipertontonkan secara terbuka di laman Rumah PENA. Mengimbau nostalgia wayang pacak.

Pop corn memang sinonim dengan wayang. Diberikan secara percuma kepada penonton. Sewaktu rehat disediakan pula jagung manis panas-panas dari dapur. Juga percuma. Bagi yang pertama kali datang, agak terkejut dengan situasi itu. Itu memang konsep yang dibawakan oleh penganjur. Tapi kerana khalayak yang datang memang di luar jangkaan, air teh 'o' 4 tong, ditambah lagi dengan air mineral, air kotak yang Ajami bawa dan 2 botol air sarsi habis licin sehingga ke titisan terakhir. Mee goreng, biskut raya, buah-buahan, kek dan pendek kata semua makanan memang habis licin. Bagus juga. Mudah urusan bahagian dapur. Tak perlu pening fikir siapa mahu tapau itu ini.

Ini gambar 'orang dapur'. Saya ambil dari blog Basrie



Ini pula gambar kepenatan. Lepas tutup dapur. Gambar ihsan OP



Terima kasih kepada ND yang tolong saya di dapur.
Terima kasih kepada Pipi dan Jonos yang tolong cucikan gelas bila stok cawan sudah habis.
Terima kepada Spyz dan semua anggota soljah.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan MASKARA-Shorties.

* Mat Jan - kat mana hang beli buku pasal menutup aurat yang Ustazah Hanida Shaari tu tulis? Aku nak juga la.

20 comments:

OP Zaharin said...

terima kasih tidak terhingga buat chef nida yang sentiasa cool di 'dapur' :)

tasekM said...

next maskara aku rasa rumah pena tu dh mmg tak muat nk tampung jumlah pengunjung yang ramai.

dan makanan pun nak kena lebih. tiket percuma pun mungkin tak lagi relevan.

tugas kamu juga makin bertambah nida. kalau aku dok dekat, pastinya aku tolong kamu...

errr... romlah aku ada?

he he...

Littlesilence said...

alaa..syoknya ampa... :(
teringat detik2 berada di rumah Pena satu ketika dulu...

spyz said...

ehemmm..
brader yg ngendeng ko last2 tu ada mintak no. telefon ke?
he he he..

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
(ulang sampai penat...)

Nida Shaari said...

OP :
Cool hanya luaran saja..

TASIK :
Ada. Bila ko nak ambik?

SILENCE :
Ada rezeki boleh join lagi..

SPYZ :
Ha ha ha.. dia ngendeng dari awal lagi la..

Tapi, tak pula mintak no telefon. Aku syak dia dah kawen.

Sama-sama kasih aku untuk soljah.

Mya said...

terima kasih untuk hangpa kerana tak jemu mengajak kami join MASKARA ini dari dulu.. :)

rudy bluehikari said...

teman tengok jerr... ekekek bestlah jagung tuh... abe rudy teringat kat sorg pengunjung yg xnak garam dalam jagung nida tuh...hahaahaha

Irwandy said...

tima kasih utk sweet corn yg best..hahaha..

tasekM said...

nida, ko pos boleh tak?

aku bayor lebih ler... he he.

Nida Shaari said...

MYA :
Program baik kami tak lokek nak kongsi sama..

RUDY :
Ha ha ha.. macam-macam karenah tau. Ada yang nak garam dan marjerin lebih. Ada yang tak nak garam.

Kalau berniaga kat pasar malam, ada ke orang layan permintaan macam tu

ND :
Terima kasih kerana backup aku..

TASIK :
Memang ko kena bayar lebih.

Aku siap mintak signature lagi tau

Tok Rimau said...

Aku tahu kenapa jagung kamu sedap.

Dari awal senja hingga ke akhir program, kamu senyum. Masak dengan ikhlas.

Keikhlasan kamu tertumpah jadi jadi rempah paling manis utk ramuan itu.

Terimakasih. You look cun walau dalam apron.

Mat Jan said...

buku tu ada jual kat pasar malam flat K8 saja. haha.

sinaganaga said...

i penat. *LOL*

Nida Shaari said...

TOK R :
Saya berada di barisan hadapan, tak kan nak masam-masam.

Nanti cepat tua.

Saya harus berterima kasih dengan Pipi kerana apron itu. Ahaks

MAT JAN :
Wooh.. patut aku tak pernah jumpa buku tu

NAGA :
I penat.

I pergi kerja, tengahari I pergi shopping, balik I masak-masak, lepas tu I mandi pakai bedak. I tengok TV. I tidur.

I penat.

Pagi I bangun subuh. Buat sarapan. Mandi-mandi. Pakai bedak. Lepas tu I keluar cari jagung manis. Balik I masak-masak lagi. Buat kek, buat sandwich. Petang I pergi Rumah Pena ada MASKARA Shorties. Satu filem pun I tak tengok. Sebab I sibuk buat jagung manis.

I penat.

Amacam? Ha ha ha

@LiYaNNuaR ツ said...

bila nak jadik orang rumah pulak??

Unknown said...

jagung manis! jagung manis!
lepas ni jangan lupa tau awk, rebus jagung kena lama dulu. Kalo x nnt jagung kemek, x kembang..!

Heh! Thnx sbb sweet corn provided by sweet person! Ngeee!

Nida Shaari said...

LIYA :
Sekarang pun memang orang rumah

ATTOKZ :
Bukan rebus la awak.. Kukus..

Yang batch pertama tu jadi macam tu sebab tak cukup defrost..

Dan, saya jadi gabra bila ramai sangat dah berkumpul depan kaunter, tapi jagung baru tiga suku masak..

Thanks juga sebab tolong saya untuk kekal dalam muka yang manis.. ahaha

sidra kamar aisa said...

jagung.....?
eh!

Denanz ... said...

malam tu, gua kenyang jaung kukus n sweet corn. dah abis cawan, gua belasah 2, 3 kali dalam pinggan, sambil tengok wayang. haha.

Nida Shaari said...

SIDRA KAMAR :
Eh Eh tersedak jagung kah?

DENANZ :
Ha ha ha.. Tapi lu tak malu kan mintak lagi.

Ada sorang budak tu, minta lagi tapi cakap "ni bukan untuk saya, untuk orang lain."

Bila dia berpaling siap tercari-cari sambil cakap "ni sapa tadi nak jagung lagi"

ha ha ha.. gua gelak dalam hati saja.