Sunday, November 09, 2008

..::KAU MUZIK DI HATIKU::..

Saya. Tinggal di apartment. Biasalah. Bila bumbung kita - lantai orang dan lantai kita - bumbung orang. Semua bunyi jelas kedengaran. Kalau bunyi itu menjengkelkan pun, apa yang boleh kita buat. Terima sajalah.

Orang di atas tarik kerusi, kita terasa gegaran. Rumah entah tingkat berapa tumbuk lesung batu pun kita dengar. Orang yang tinggal 3 - 4 tingkat ke bawah panggil anak pun kita dengar. Pendek kata semualah termasuk la kalau jiran sebelah masuk bilik air pun, kadang-kadang boleh dengar bunyinya. Ha ha ha.

Dalam banyak-banyak bunyi di persekitaran rumah, ada satu bunyi yang saya rasa sangat misteri. Malah bukan saya seorang yang rasa begitu. Kakak saya pun sama. Sekali dengar bunyinya seperti anak kucing mengiau. Tapi bila diamat-amati, kedengaran seperti bunyi budak menangis pula. Jika itu bunyi kucing, terasa sangat comel. Tapi jika itu bunyi budak, hmmm entah lah.

Oh, di persekitaran rumah saya ni juga ada budak yang suka melalak. Saya katakan suka melalak kerana budak itu akan melalak tidak kira masa dan ketika. Siang malam pagi petang subuh senja semua dia tidak peduli. Kadang-kadang mahu saja saya turun dan cari dari pintu mana bunyi melalak itu datang. Mahu saja ketuk pintu dan ketuk sekali kepala ibu bapanya. Kerana biarkan anak melalak sebegitu. Tapi nanti ada pula yang kata: "kamu belum ada anak, apa kamu tahu. Tengok la bila kamu ada anak sendiri nanti". Hmmm..

Begitulah. Bila tinggal di apartment. Bumbung kita - lantai orang dan lantai kita - bumbung orang. Semua bunyi jelas kedengaran. Kalau bunyi itu menjengkelkan pun, apa yang boleh kita buat. Terima sajalah.

6 comments:

Marliza Radzi said...

sayapun tinggal di apartment (apartment, condo, whatever)

tak ada pula masalah dengar bunyi2 dari atas/bawah/tepi, alhamdulillah.

Nida Shaari said...

AM :
Wah bagusnya.

Mungkin pemaju sudah sediakan penapis bunyi pada rumah yang dibina itu.

Lagipun rumah awak lebih ekslusif dari rumah akak kan?

Ihiks

Shafinaz said...

napa tak tanya jiran ni..itu bunyi anak anjing..sudah dpt kepastian yg selama ini pun, ku merasa sesuatu...hehehhe

nickmenza said...

ada satu member yang dah lali dengan bunyi-bunyi dari rumah di atasnya yang tiada penghuni. Diamkan saja :)

tasekM said...

nida, aku lagi dasyat. jiran sebelah petik suis kat dinding pun aku boleh dengar. alahai....

ppsttt... yg aku risaukan ialah... err... tak payah cakaplah...

ha ha ha.


.

Nida Shaari said...

SHAFINAZ :
Hah? Anak anjing? Macam tak releven ja

NICKMENZA :
Wooh.. itu sungguh mengerikan..

TASIK :
Ha ha ha..

Hampeh!!!