..::MATINYA SEMUT KERANA GULA II::..
Awal minggu yang lalu. Saya ada ceritakan tentang kemusykilan apa ada dalam kabinet fail saya sehingga menarik minat encik-encik semut. Saya pindahkan fail-fail ke ruang kosong yang lain. Dan mahu lihat sama ada perkara itu masih berlaku atau tidak.
Hari ini saya buka ruang fail yang baru dipindahkan itu. Eh, masih ada semut. Dan semut-semut itu tertumpu kepada satu fail sahaja. Jadi, saya tarik keluar fail dan lihat apa yang ada dalamnya.
Ha ha ha.. Sila ketawakan diri sendiri. Rupa-rupanya inilah yang menarik minat encik-encik semut itu.
Bagaimana saya boleh tidak sedar perkara ini. Ini adalah fail kursus saya setahun yang lalu. Nampak sangatlah lepas kursus, semuanya simpan saja. Tidak langsung dibuka untuk ulangkaji.
Jadi, selamat tinggal encik-encik semut. Tempatnya adalah di dalam tong sampah.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
err... bawah fail itu ular sawakah?
ha ha.
TASIK :
Weh itu karpet mahal wooo!!!
ada ke yg balik kursus buat ulang kaji?
hahaha
RON97 :
Ha ha ha
Mana la tau kot-kot orang yang dapat cemerlang 2 - 3 kali tu ulangkaji lepas balik kursus
errr ... gula2 tu perisa anggur n s'bery, kan? cuba cari yg perisa cili. mesti depa tak moh makan.
nampak sangat after kursus tros tutup fail tak bukak bukak dah.. hehe
Bagaimana dengan belacan?
DENANZ :
Kalau perasa cili udah bukan namanya gula-gula lah
THAFIEXQ :
Biasa la tu kan? Kalau bukak pun mungkin nak cari contact no. kawan-kawan masa kursus tu. Nak minta tolong.
Ha ha ha
AMIENE :
Tak kot. Bau pun dah tak lalu
Post a Comment