Thursday, January 15, 2009

..::SATU DI ANTARA YANG LIMA ITU::..

Saya. Mengalami keracunan makanan. Beberapa minggu yang lalu. Doktor menasihatkan saya agar mengelakkan makan makanan yang mengandungi susu, santan dan pedas yang berlebihan. Habis apa saja yang saya boleh makan? Roti. Kata doktor. Sup? Nasi dengan ikan goreng. Jawab doktor lagi. Maka, untuk mengelakkan kejadian ngeri-terguling atas katil menahan sakit perut-seorang diri, saya ikutkan nasihat doktor.

Semenjak itu, bermulalah episod baru dalam rutin pemakanan saya. Saya tak minum susu langsung. Walaupun dalam peti ais ada sekotak susu dan sebotol air yogurt. Saya tak masak kari walaupun hati meronta-ronta nak makan pajeri nanas dan gulai udang+kacang. Saya yang tak berapa makan pedas, terus tak boleh makan pedas. Langsung. Dan. Yang paling teruk, perut saya menjadi perut 'tangan kedua'. Tersilap makan saja akan membuatkan perut saya meradang. Jadi, saya cuma minum air masak. Makan biskut serat yang tawar. Juga nasi berlaukkan ikan/ayam goreng berkuahkan kicap.

Tiba-tiba saya rasa insaf. Hilang nikmat dunia.

9 comments:

tasekM said...

tinggal tulang la kau nida....

tentangseseorang said...

eh...tak baik-baik lagi kak?
cuba minum teh o pekat.

atau...makan pil chi kit teck aun

Nida Shaari said...

TASIK :
Tak jugak sebab perut aku tak boleh kosong. Jadi aku sentiasa makan walaupun cuma roti dan biskut tawar

ADY :
Sudah dicuba segala ubat-ubatan.

Teh o pekat masa malam sakit tu akak dah bancuh. Tak jalan.

Pil cap helang dan menara akak makan malam subuhnya c*rit gak walaupun tak b*rit.

paiseh said...

byk orang bagitau gua.. sakit itu menghapus dosa2 kecil...

Amyz! said...

semoga baik cepat, bebeh.. :)

Yana Ismail said...

Get well soon kak!;)

hm..ikut ckp dr tu..walau itu akan mbuatkan akak..bmbh2 kurus.alaahai~

Nida Shaari said...

PAISEH :
Tu pasal gua insaf. Sekejap

AMYZ :
Yeah!!! InsyaAllah

LIYANA :
Siapa cakap?? Akak gemuk atau kurus hanya akak yang tau..

Ha ha ha

KiMi said...

Sila kurier susu dan yogurt tu kepada aku. peti ais aku dah kosong kerana tiada uang mau beli jajan.gaji lambat lagi.

Nida Shaari said...

KIMI :
Aik?! Bukan cek dah clear ka?

:p