Monday, January 19, 2009

..::TERJAH::..

Cik Madu ada kawan. Yang ada 'skandal' dengan seorang artis tempatan. Boleh tahan juga popularnya artis ni. Kalau Cik Madu sebut mesti orang kenal. Tambah lagi kalau peminat drama Melayu.

Cik Madu sebenarnya bukan la nak sibuk sangat hal tepi kain orang lain ni. Atau cemburukan kawan Cik Madu yang dapat 'tangkap' seorang artis. Cuma yang Cik Madu risau nanti takut pula jadi macam kes Normang Haking dan Memeh tu. Maklum la, artis ni pun dah berkeluarga. Dan. Kawan Cik Madu ni pun dah ada teman istimewa walaupun duduknya jauh di negeri lain.

Dah berbuih juga lah Cik Madu nasihatkan. Masih macam tu juga. Ye lah, orang kata kalau tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Bila ditanya masing-masing menafikan. Tapi kenapa artis tu sembunyi hubungan dari isteri. Kalau tak ada apa-apa tentu tak ada sebarang halangan.

Entah la. Cik Madu malas nak cakap lebih-lebih. Nanti cetus kontroversi pula. Mana lah tahu artis tu baca blog Cik Madu ke. Atau ada wartawan hiburan mana yang baca blog Cik Madu ni. Tak pasal-pasal kena terjah. Dah Cik Madu pula yang disalahkan.

Ok. Sampai jumpa lagi di lain siaran. Daaaa..


Titisan Madu : Lepas tengok AJL 23, Cik Madu dah jatuh cinta dengan Tam Spider lah.

10 comments:

hegira said...

hehe.

ermmmmmmmmm..............

skandal eh? wah.

dan entah kenapa, lepas tengok ajl nih, aku makin tak suka pada faizal tahir.

oopps.

Kehelan said...

sama la kita... benci plak tgk dia... over acting... period ke apa cat kuku kaler itam...

CIda said...

aku rasa mcm baca column gosip kat sokkabar plak.. hehehe

Tok Rimau said...

Kalau orang nak bina masjid, doakan la kebahgiaan.

Marliza Radzi said...

wah hebatnya kawan Cik Madu tu.

suara Tam Spider sangat seksi. tapi Spider performed dengan malas. tak suka tau.

Mya said...

Tam Spider sweet muwit lah.. :D

madulebah said...

HEGIRA :
Suara dia sedap tapi gaya yang berlebihan tu spoiled la

KEHELAN :
Cat kuku hitam tu sangat tak boleh terima

CIDA :
Mak memang ada bakat.. ha ha ha

TOK R :
Tapi kalau masjid satu lagi runtuh, tak baik juga

AM :
Cik Madu pun tak kurang hebatnya. Ahaks :p

Orang yang menyanyi sambil petik gitar memang bisa buat akak jatuh cinta. Jadi abaikan persembahan yang malas itu.

Yang penting wajah Tam sangat sweet.

MYA :
Boleh ngorat kan?? Sebab Tam bukan suami orang

Ahaks

tasikmerah said...

kau pergi ke AJL hr tu nida?

Amy Z! said...

Wah.. Kelas nyah.. Macam baca column Zubir pulaks.. Haha.

Kawan cik madu bukan memey kan? hakhak

madulebah said...

TASIK :
Tengok kat rumah lagi sedap. Bleh baring dan makan-makan

AMYZ :
Bukan column cik normah ke?

Hak hak hak..

ooh.. bukan Memeh ye..