Friday, January 30, 2009

..::MITOS PEREMPUAN BUJANG DAN BEKERJAYA::..

Dikatakan mereka ini memilih pasangan. Kerana itu mereka masih membujang. Dikatakan juga lelaki takutkan mereka. Atau lebih kepada mereka takutkan lelaki. Yang dikhuatiri punya agenda tersembunyi.

Oh, saya sebenarnya bukan mahu bercerita tentang itu. Saya mahu cerita tentang aktiviti jalan-jalan cari makan saya. Memang sejak akhir-akhir ini saya agak kerap memuatkan entry tentang makanan. Tidak mengapa kan. Daripada saya bercerita tentang hal orang. Lagipun memang kita perlu makan untuk terus hidup. Jadi punya lebih banyak peluang untuk memilih.

Berbalik kepada cerita makan. Hari Ahad saya ke Bandar Baru Bangi. Mula-mula bersarapan di Restoran Puteri Bongsu. Makan soto di situ. Sedap walaupun tidak boleh minta pergedil lebih. Sesudah sarapan saya ke Az-Zahra Women Wellness Center. Alhamdulillah akhirnya saya menemui pusat yang menawarkan perkhidmatan kepada wanita muslim. Sangat selesa.

Urusan selesai ketika waktu makan tengahari menjelang. Adalah menjadi satu kemalasan untuk balik ke rumah dan masak. Sedangkan pilihan kedai makan begitu banyak. Jadi pilihan yang tepat perlu dibuat. Maka Famosa House berhadapan Kompleks PKNS menjadi pilihan.



Lepas kenyang saya balik dengan gembira. Masih ada urusan lain menanti di rumah.

8 comments:

Tok Rimau said...

Bauk hati betul orang yang meneman makan tu. :-)

alladiin said...

ais kacang yg ada kubah aiskrim tu best lah... siap tak jatuh plak tu

asuhara sue said...

bakar kalori kat Az-Zahra Women Wellness Center berapa banyak tu? err...lunch tu kalorinya berapa? ;)

Nida Shaari said...

TOK R :
Sebab dia pun tak ada teman..

Ha ha ha

ALLADIIN :
Ha ha ha.. memang pertama kali jumpa ABC yang letak ais krim macam tu

ASUHARA :
Pergi WWC bukan bakar kalori pun..

Jadi tak kisah la berapa banyak kalori yang dimakan.

tasekM said...

tu ais krim ke limau mandarin tu? hehehe...


.

Anonymous said...

ABC tuh nampak sedap!!!!

mugiwara said...

air hijau tu air pe?
nmpk sedap je~
terliur~

Nida Shaari said...

TASIK :
Limau bali kak

ADY :
Ya. Sesedap rasanya. Dalam tu ada jeli warna biru juga.

MUGIWARA :
Itu air kiwi.

Sangat sedap. Buah kiwi tak dikisar sebaliknya dicincang