Friday, January 16, 2009

..::MAKAN UNTUK HIDUP::..

Kita. Perlu makan untuk terus hidup. Dan. Saya juga perlu makan untuk kekal sihat. Jika tak makan nanti penyakit lain pula yang datang. Gastrik sebagai contoh.

Kerana keupayaan perut yang terhad, dan pilihan yang kurang di kawasan sekitar pejabat, saya ambil keputusan untuk pergi makan di The Weld. Katanya ada medan selera baru dibuka. Jadi, mari kita cuba.

Medan selera ni berada di tingkat paling atas The Weld. Diberi nama Restoran Chow dengan sentuhan moden. Ruang gerai makanan berada di bahagian atas sedikit daripada kawasan meja makan. Konsep ini menarik kerana dapat mengelakkan kesesakan.



Ada banyak pilihan makanan. Tapi saya cuma boleh makan nasi ayam saja. Setakat ini. Dan minum lai chee kang sebagai penyejuk perut.

Kata kawan saya dan suaminya, makan saja apa yang kita rasa nak makan. Nanti sakit, ubatkan kemudian. Namun kerana tak sanggup menanggung akibat sendirian, saya tetap dengar nasihat doktor yang saya sudah bayar perkhidmatannya.

11 comments:

hegira said...

aku pun suka makan. sukaaaa sangat.

pantang dengar ada kedai jual makanan sedap.

tapi aku pun gastrik. itulah nida. gastrik bukan sebab tak makan, tapi sebab takmakan ON TIME. hehe.

jom lunch.

Ron97 said...

hang kata hang makan nasik ayam ngan dan laicheekang saja..
tapi yang kat tangan tu apa pulak???
siap bungkus lagi
:P

paiseh said...

betul tu.. makan laa semnetara boleh ni.. kalu duk spital jgn harap dpt nak pilih makan sedap..!

Unknown said...

Berapa kedai itu bayar untuk promosi? hehe

Kay said...

btul... makan utk hidup... bkn hidup utk makan...

tp sy mmg nak makan jek... cemana yek? ikut sunnah nabi, kunyah 40x baru telan... tp sy kunyah 10x, nasi dh takde dlm mulut... eheheheeh...

tasekM said...

lamanya aku tak makan lai chee kang....

Nida Shaari said...

ALINA :
Orang yang bz (macam kita ha ha ha) selalu tak makan on time lah

RON97 :
Itu ialah lai chee kang dalam mangkuk besar yang aku tapau.

Aku bukan seorang peminum sambil makan.

Sebab tu aku awet muda.

PAISEH :
Alhamdulillah.. Aku belum pernah masuk spital

ANUAR :
Ha ha ha..

KEHELAN :
Kalau 10x dah tak ade tu kira ok lah.

TASIK :
Beli je kat pasar malam. Ada banyak

Yana Ismail said...

akak, jaga kesihatan ok;)mkn yg patot2 je..nanti dr marah.

dugongsenyum said...

hidup untuk makan, lepas makan kita tergolek keriangan. yeay!

Anonymous said...

rasanya akak perlukan vitamin K lah. eheheheeh K for Kahwin ehehehehe.


larikkkkkkkkkkkk

Nida Shaari said...

LIYANA :
Alaa bukan doktor tau pun apa akak makan..

DUGONG :
Adakah tergolek macam dugong?

Ha ha ha

ADY :
Ha'ah la. Betul jugak tu.

Mana eh akak nak dapat vitamin K tu?