Thursday, January 29, 2009

..::SIRI JALAN-JALAN CARI MAKAN::..

Ini entry minggu lepas. Saya nak publish tapi ada masalah sebab gambar tak boleh nak upload. Baru sedar saiznya besar sangat.

Minggu lepas saya pergi makan di Food Republic, Pavilion KL. Ala bukan jauh pun dari pejabat. Seberang jalan saja. Sebelum mula makan, seperti biasa saya akan ambil dulu gambar makanan. Kawan saya tegur. Asal beli makanan mesti mahu dirakam fotonya. Saya. Senyum saja. Dan terus menyuap makanan.



Apa yang saya makan ini namanya Spaghetti Vongle. Macam mana sebutannya tidak la saya pasti. Kerana pada pendengaran saya, tukang masak tu sebut agak lain bunyinya dari tulisan. Sewaktu order, saya tunjuk gambar saja. Dan saya minum air campuran dua jenis buah iaitu oren dan apple.

Sedang kami enak makan, duduk seorang wanita Inggeris di meja sebelah. Wanita tu keluarkan kamera dan ambil gambar makanannya. Ha ha ha.. Terus kawan saya senyum. Tanda sedar bahawa rupa-rupanya ada orang lain punya tabiat seperti saya. Di situ. Dan sebenarnya ada ramai lagi di luar sana.

Tanpa mempedulikan wanita Inggeris berkenaan yang sedang enak menikmati sate, saya terus menjamah hidangan saya yang sedap.

6 comments:

Unknown said...

Think globally!haha

Ron97 said...

Spaghetti Vongle = spageti satu

itu mamak tu kerja kat situ.
hahahaha

Anonymous said...

blogger tegar. ehehehe

Mya said...

makanan + amik gambar = blogger tegar

tasekM said...

spaghetti kacukan tu... ha ha.


.

Nida Shaari said...

ANUAR :
Oh, saya baru terperasan.

Saya makan spaghetti, perempuan Inggeris tu makan sate.

RON97 :
Macam tu ek?

ADY / MYA :
Tak la tegar mana pun..

He he he

TASIK :
Rasanya lah. Sebab cili tumbuk bertabur atas tu.