Tuesday, January 06, 2009

..::DAGANG PAK MALAU DAGANG BERLIPAT::..

Semalam. Balik dari pejabat saya dan kawan-kawan pergi makan. Sekitar Dagang Avenue. Pernah dengar? Di situ ada restoran Wong Solo. Juga ada tempat makan yang katanya artis-artis selalu lepak. Tapi kami tidak la makan di tempat yang artis selalu lepak tu. Kami makan di kedai biasa saja.

Sebab kesihatan perut saya masih belum mengizinkan, saya cuma makan nasi putih + ayam goreng kunyit + air barli suam. Barli kan baik untuk perut. Kawan-kawan saya order kantonis yee mee, kuew teow kantonis, nasi goreng cili padi dan nasi goreng cendawan.

Makanan di sini sebenarnya adalah sedap. Lulus untuk tekak saya dan kami. Tapi yang mencalarkan imejnya ialah servis yang sangat lambat dan tidak sistematik. Saya dan kawan-kawan sampai dulu, tapi order orang yang datang kemudian dapat dulu. Itu tidak patut. Dan, kami order makanan serentak. Tetapi makanan sampai setiap 15minit satu hidangan. Paling mengecewakan nasi goreng cendawan tetap tidak sampai walaupun lebih satu jam tunggu. Kerana sudah tidak tahan, kawan saya order makanan dari gerai lain. Bila nasi goreng cendawan tu sampai, kawan saya cakap sudah tak selera mahu makanan itu. Oh, pelayan itu beri alasan hujan lebat menyebabkan dia tidak dapat hantar makanan. Tapi adakah kami ini tidak punya mata. Yang melihat dia ke sana ke mari hantar makanan menggunakan payung.

Kadang-kadang pekara yang mungkin dianggap remeh ini boleh beri impak yang besar kepada perniagaan. Maka, makanan yang sedap di gerai ini telah gagal menawan hati dek kerana servis yang lambat dan tidak sistematik. Dan. Dagang Avenue bernasib baik kerana semalam hujang sangat lebat. Jika tidak, tentu kami sudah makan di tempat lain. Selamat tinggal Dagang Avenue

9 comments:

paiseh said...

"selamat jalan madulebah." kata Dagang Avenue
huhuhuhuhu..!!

tasekM said...

lebih satu jam tu dh dikira bapak lambat tu... dr lapar jd kenyang masuk angin.

ha ha.


.

Yana Ismail said...

btol tu..sakit jiwa je kalau service lmbt..huh

Marliza Radzi said...

mcm glemer je Wong Solo tu.

Nida Shaari said...

PAISEH :
"Satu pergi 10 mari!!!" Katanya lagi

Ha ha ha

TASIK :
Bukan setakat bapak lambat, atuk nenek lambat semua

LIYANA :
He he he.. Ada orang yang silap-silap boleh terbalik kerusi meja

AM :
A'ah. Wong Solo itu memang glamer

cik puan daun said...

pernah jadi kat kawan aku.. last-last cancel..

masa nak membayar.. aku sempat sound.. "dik.. tadi kawan akak order meehun goreng, tapi takper la.. cancel.. kawan akak tu pon dah mati kebuluran"

Amyz! said...

hah! aku kena kat kg baru. masa buka puasa lagi. sampai balik tak dpt2 chicken marryland aku.. grrrr!!

Mya said...

walau sedap mana makanan kat satu2 kedai tu, tp klau dh gitu servisnya, mmg haruslah diucap selamat tinggal...

Nida Shaari said...

DAUN :
Ahaha.. Dah la yang tak dapat makanan tu kawan aku yang paling lapar. Gamaknya kalau tak order kat gerai lain, memang bleh mati kelaparan..

AMYZ :
Aku pernah gak makan kat Kg Baru masa buka puasa. Servis lambat gak. Tapi orang yang makan dengan aku tu sangat la penyabar, jadi aku kena la kontrol.. ha ha ha

MYA :
Kan. Sebagai pelanggan kita mesti nak satu pakej yang lengkap.

Kalau servis tip top pun tapi makanan tak sedap, kena ucap selamat tinggal gak.

Ahaks