Sunday, January 11, 2009

..::PELANGGAN SENTIASA BETUL?::..

Lepas sarapan saya terus pergi Giant. Nak beli barang-barang keperluan. Seperti biasa saya sudah siapkan senarai barang yang mahu dibeli atau barang untuk disurvey harga dulu.

Tolak troli dari satu lorong ke satu lorong. Melalui satu rak ke satu rak. Ambil barang yang ada dalam senarai. Dan semak harga barang yang termasuk dalam senarai akan dibeli kemudian. Jalan-jalan sekitar Giant.

Selesai membeli saya pun blah. Sampai di rumah saya semak resit pembelian. Entah kenapa. Senarai saya cuma ada 7 items. Tapi dalam resit pembelian ada 22 items.

Dan yang paling mengejutkan saya, rupa-rupanya minyak masak 2kg dipunch 2 kali. Oh!! Saya sudah kerugian di situ. Saya cuba hubungi nombor telefon yang tertera di resit pembelian. Berulang-ulang kali. Tidak berjawab. Saya rasa mahu pergi semula ke Giant. Minta penjelasan. Tapi terfikir pula, adakah pihak khidmat pelanggan akan percaya kata-kata saya. Saya jadi buntu. Jika tidak ditegur, mungkin juruwang berkenaan akan lakukan kesalahan sekali lagi. Jika diberitahu, adakah pihak pengurusan akan percaya.

Hmmmm.. atau saya perlu redha?

7 comments:

Ron97 said...

email jerlah..

Unknown said...

Sedekah kepada Giant sahajalah:)

cik puan daun said...

komplen jer laa.. lagipun tu hak kau..

nuar ada habit utk belek resit lepas cashier check out.. bagus jugak habit tu.. kalau aku.. mmg mcm ko lah.. kadang-kadang tu tak belek langsung.. *kejis*

tasekM said...

bgtau je nida... dia nk percaya atau tidak belakang kira...


.

Nida Shaari said...

RON97 :
Telefon pun tak jawab, ntah email dibuka ke tidak.

ANUAR :
Rasanya macam tu la kot.

DAUN :
Aku memang akan belek semula resit sebab aku rekod segala perbelanjaan keluar masuk dalam buku.

Cuma kadang-kadang belek resit on the spot atau dah sampai rumah aje baru belek...

TASIK :
Ya.. ya.. nanti balik kerja aku terus pergi Giant.

Anonymous said...

kakak nida,
rasanya kalo buat aduan pon, dorang takkan terima.

ikotkan kesilapan pengguna.
bukan ke sudah ada notes, check resit pembelian sebelum keluar?
lepas dah keluar tu, penjual dah tak bertanggungjawab lagi.

he he he

paling bagus adalah, tengok di mesin kira-kira semasa barang sedang di kira.

tq kakak nida.

ps : duit buku tu belom lagi adik nett masukkan. asyik terlupa saja.

Nida Shaari said...

AH NETT :
Selalunya kakak Nida memang akan tengok mesin kira masa juruwang scan barang.

Tapi masa tu pelanggan belakang tu macam tak sabar-sabar nak rampas kaunter tu dari kakak Nida..

oh, buku dah dapat ya?