..::TAK TAHU MENARI TAPI LANTAI DISALAHKAN TINGGI RENDAH::..
Sejak musim persekolahan bermula, saya rasa sangat penat. Bukan penat kerana mengurus anak yang bersekolah. Sebaliknya, penat mengurus anak mata saya. Ha ha ha.. Apa tidaknya, dengan jarak hampir 20km, saya perlu rancang perjalanan ke pejabat sebaik mungkin. Jika sebelum ini jalan agak lengang. Tapi bila musim persekolahan bermula, jalan raya mula sibuk. Sesak dengan bas sekolah juga kenderaan ibu bapa yang menghantar anak.
Selalunya. Saya rasa, saya sudah memulakan perjalanan sehabis awal. Dengan harapan, jalan tidak sesak. Saya tidak perlu rasa tertekan. Sesak nafas dengan kenderaan lain yang kadang-kadang boleh melambatkan perjalanan saya. Tapi tetap juga keadaan serupa terjadi. Sampai lewat di pejabat. Ditambah lagi dengan keadaan lif yang uzur di bangunan pejabat saya ini. Dan pejabat saya berada di tingkat paling atas dengan hanya 2 lif diperuntukkan untuk ke sana. Jika guna lif lain, saya perlu naik tangga pula. Sungguh menguji kesabaran.
Maka, sepanjang minggu ni, baru hari ni punch kad saya warna hitam. Ditolak hari semalam sebab ada perhimpunan, 3 hari yang lain semuanya merah. Oh, jika lambatnya seminit dua saya akan tulis alasan 'lif lambat'. Keji kah? Walaupun kadang-kadang saya yang TERlambat keluar dari rumah. Ha ha ha.. Kawan-kawan di pejabat kutuk saya kerana tulis alasan tu. Kenapa mesti lif yang dipersalahkan. Kata mereka kalau saya sampai awal, lambat macam mana lif pun saya tetap masih awal. Tapi saya tidak peduli. Saya rasa alasan itu masih relevan. Yang penting boss saya juga terima alasan itu.
Dan. Yang paling penting. Walaupun saya cakap pada boss, saya lambat sebab malas nak datang kerja, dia masih terima. Selagi saya tidak melampaui batas. Ngeee.. Semoga Allah ampunkan dosa saya ini.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
11 comments:
Alasan tu tak best. Guna juga alasan ini,
1. jem yang luarbiasa sepanjang 5 km.
2. jem akibat seorang budak tak mahu ke sekolah dan merajuk di tengah jalan.
3. jem yang banyak di semua tempat kerana orang pakat makan roti.
dan seribu satu alasan lagi. hehehhe...
saya terima alasan lif lambat awak - the boss
bestnya lau dapat bos mcm tu. lau saya bos tak bising, PA Kanan plak lebih-lebih. 'Lebih Kuah Drp Nasi'
kau dah bagi dia air jampi ye, nida?
ha ha.
.
BAYAN :
Eh, kalau dah semua orang makan roti, dah kurang la jemnya.
MYA :
Dia kena terima alasan tu sebab dia pernah tersangkut dalam lif hampir 1/2 jam.
eFAH :
PA Kanan sini nak bising kat saya??
Ha ha ha..
TASIK :
Rahsianya ialah: hasil kerja mesti tip top.
gua sokong kalu ada usul nak pindahkan sekolah kat sume kawasan pedalaman... nyusahkan.
aku tak pernah merasai nikmat jam utk ke tempat kerja. Almaklum, umah 3km jek dari opis. Hehe. Lagipun keja aku suka hati nak masuk kul brapa.. hikhik...
aku kalau datang awal ka.. datang lewat ka.. langsung takdak signifikannya.
dulu masa kat kp*kt, boss aku tak terima alasan jem waktu aku kena buat surat tunjuk sebab lewat lebih dari 3 hari dlm sebulan. peh. dia tak tau jalan jem kat loke yew tu camne seksanya. peh.
jem??
apa tu??
hehehehe
PAISEH :
Apa kata kau buat usul tu
CEEDA :
Ko dok dalam hutan, memang la pun
DUGONG :
Ikut suka hati ek
AMYZ :
Alaa boss besar kat sini pun tak terima alasan jalan jem. Dia. Senang la ada driver.
RON97 :
Jem yang orang sapu kat roti tu. Tak tau ka?
Post a Comment