Friday, January 30, 2009

..::BAU YANG MENDATANGKAN NAFSU::..

Pada malam Tahun Baru Cina. Jiran-jiran saya pastinya sedang menikmati makan besar. Bau masakan semerbak menerjah hidung saya. Orang Cina ni kalau masak macam sedap saja. Restoran pun besar-besar dan terang-menderang. Tengok saja rancangan di TV seperti Delicious Food All Over China atau Ho-Chak!, memang nampak sedap sentiasa. Dan saya memang suka tengok rancangan memasak tak kira apa bangsa sekali pun. Muhibbah kan? Ha ha ha..

Dalam banyak-banyak bau yang saya terhidu, ada satu bau yang cukup membuatkan perut saya kelaparan dan nafsu makan saya melonjak-lonjak. Tapi bila memikirkan hari yang sudah malam, saya pendamkan saja perasaan itu. Harus sabar menanti keesokan harinya. Untuk melampiaskan nafsu makan itu. Ha ha ha (lagi).

Maka sesudah Subuh saya terus keluarkan bahan-bahan dari dalam peti sejuk. Tapi tak terus masak pun. Mesti sarapan dulu. Kemudian sambung menjahit sambil layan rancangan TV. Jam 12.00 tengahari saya mula masak. Sambil tu menjahit lagi. Saya harus gigih siapkan tempahan juga. Siap masak elok-elok dah masuk Zohor. Mandi dulu, solat dan siap cantik-cantik. Ha ha ha (dan lagi).

Inilah hasilnya. Bukan sekadar nasi ayam. Ini nasi ayam yang dimasak sendiri. Dan dimakan sendiri juga.



Saya sangat berpuas hati dengan persembahannya. Kerana kali terakhir saya masak nasi ayam ialah mungkin 4 - 5 tahun yang lalu. Entah saya dah lupa. Nampaknya kemahiran itu tak pernah hilang walaupun sudah lama ditinggalkan.

Selamat menjamu selera semua.

7 comments:

tasekM said...

kau punya ayam tu mula2 aku ingat telur ikan. hehehe...


.

Ron97 said...

tang tomato tu yg aku tak tahan tu..
hahaha

mugiwara said...

masakan ibu adalah yg paling sedap~
wuu...
terliur lagik~

azie said...

eh eh sedap.nak sikit boley?

Kay said...

uwwaaa... terliurnya saya!!

Nida Shaari said...

TASIK :
Ko patut tambah power cermin mata

RON97 :
Weh! Presentation mesti gempaq. Segempaq rasanya.

Alaaa ko dengki la tu.

MUGIWARA :
Ya. Saya ibu kepada anak tekak. Mesti la kena masak sedap-sedap.

Ha ha ha

AZIE :
Meh datang rumah akak

KEHELAN :
Baik-baik jangan sampai meleleh air liur tu.

Ahaks!!

dugongsenyum said...

Perghhhhhh.....