Friday, November 14, 2008

..::SAYA SUKA-SAYA CUBA: MAHU TANAM POKOK BUAH NAGA::..

Saya suka makan. Saya juga suka memasak. Dan ini bukan entry tentang makanan yang saya masak atau makan.

Ia tentang bahan mentah untuk memasak. Saya baru tahu rupa-rupanya taugeh tidak lagi boleh dibeli dengan harga 20 sen atau 30 sen. Paling murah boleh beli ialah 50 sen. Ya, saya bukan penggemar taugeh. Ok. Seikat serai 50 sen. Seikat daun sup dan daun bawang pula RM1.00. Tapi, bila bahan-bahan untuk memasak itu perlu dibeli walaupun kuantiti yang mahu kita guna cuma sedikit, saya jadi berkira. Bukan apa. Nanti membazir pula bila bahan-bahan tu kecut dan layu saja dalam peti ais.

Jadi, saya ambil keputusan untuk bercucuk tanam. Wah! Bunyinya macam punya sebidang tanah yang luas. Walhal saya cuma ada ruang beranda sekangkang kera saja. Ya, saya tinggal di apartment. Hakikat yang perlu diterima oleh penghuni apartment ialah anda tidak mempunyai tanah.

Daripada tanam pokok bunya yang tiada faedahnya, baik saya tanam sayur-sayuran. Dan ini hasilnya. Tanaman yang telah saya usahakan sejak setahun lalu.



Saya tanam daun sup, pokok kari, pokok pandan, kunyit, halia dan serai. Sebelum ni serai tu nampak macam lalang saja. Tapi sejak saya pindahkan dalam pasu yang lebih besar barulah elok sikit naiknya. Dulu saya juga ada pokok cili tapi kemudian mati sebelum sempat berbuah. Sekarang saya semai yang baru dalam pasu serai tu. Dalam pasu daun sup ada juga pokok pegaga. Dan paling baru saya tanam daun bawang. Eeerrr itu pun selepas ada bawang yang hidup dalam bakul di dapur. He he he.

Sebenarnya, saya rasa mahu tanam pokok betik, pokok honeydew atau pokok buah naga. Sebab itu buah kegemaran saya. Tapi saya perlu terima hakikat. Saya cuma ada beranda sekangkang kera.

12 comments:

tasekM said...

buah naga?

kesian dia... dah tak ada buah, kamu dah tanam. kejamlah kamu ni!

ha ha ha.

Tok Rimau said...

Mmm. baik-baik ya. Pokok buah naga berduri.

Kay said...

apartment akak ada jugak beranda sekangkang kera..

pangsapuri yg saya sewa langsung takde beranda!! tuan rumah bercucuk tanam di depan pintu...

Cik Jah said...

nasib hang ingatkan aku beranda rumah hang sekangkang kera, kalau dak aku nak bagi suggestion tnm pokok manggis, langsat, durian..heheheh bley jd dusun :P

Nida Shaari said...

TASIK :
Ha ha ha

TOK R :
Pokok saja berduri. Tapi buahnya lazat!!

KEHELAN :
Ahaha bagusnya.

Apartment akak ni depan pintu/kat koridor tak boleh letak apa-apa. Management tak bagi.

PJAH :
Aku tak makan durian. Jadi memang tak masuk dalam buku.

ha ha ha

Marliza Radzi said...

wah bagusnya!!!

asuhara sue said...

buat ler vertical garden, pokok hapa pun buleh tanammmm. kalau dah ada hasil bleh lelong kat sini!

sidra kamar aisa said...

er.. apa kata tanam harta karun plak..ahaks!

Nida Shaari said...

AM :
He he he.. sekurang-kurangnya kita tak ragu-ragu baja apa yang digunakan.

ASUHARA :
Tu kena pergi kursus dulu la kan?

SIDRA KAMAR :
Harta karun bukan buleh makan

Kumprinx said...

cool!

sinaganaga said...

Buah Naga, Sekangkang Kera? Ermmmm... lain beno bunyinye, Ta'in wehhhh!!!!

Nida Shaari said...

KUMPRINX :
Sekarang musim hujan. Memang cool. ha ha ha

NAGA :
Lain mendenyer demeh ni?