Tuesday, April 14, 2009

..::KATA HATI SIMPAN SAJA IA DALAM AIS BATU::..

Mungkin dia tidak mahukan saya. Seperti mana saya mahukannya.

Saya pernah tulis tentang hati saya yang tiba-tiba berubah. Ya, Allah berkuasa untuk membolak-balikkan hati manusia. Selama ini saya memang menolaknya habis-habisan. Tetapi, sedetik sahaja saya jadi begitu mahu memilikinya. Namun, sehingga sekarang saya masih gagal.

Saya sudah selidik apa yang terjadi. Di mana silapnya. Siapa yang bersalah atau siapa yang harus dipersalahkan. Dan pastinya bukan salah saya. Nak marahkan orang tengah, dia sudah buat kerja sebaik mungkin. Orang tengah cadangkan, pilih saja yang lain. Oh, senangnya, kan? Bukan mereka tak tahu bila hati dah berkenan, kita tetap mahu yang itu walaupun kadang-kadang sudah tahu apa buruk baiknya.

Mungkin saya perlu bersabar sedikit waktu lagi. Dan. Saya bukannya dalam keadaan terdesak. Kata pepatah "tak akan lari gunung dikejar". Tapi entahlah. Saya tak kejar gunung pun.

Hmmmm.. Kerana itulah saya perlu sentiasa positif. Allah mesti ada perancanganNya. Kenapa permohonan kad kredit saya masih belum berjaya.

25 comments:

Marliza Radzi said...

permohonan kad kredit belum berjaya? mengapakah? try CIMB (tak berapa relevan sangat komen ni. sorry)

Nida Shaari said...

MARLIZA :Eh, kenapa pula tak relevan. He he

Kata Bahagian Kad Kredit, application akak tak sampai. Tapi agen ada bukti cop diterima pada salinan borang.

Jadi sekarang mereka di bank itu sedang mencari-cari ke mana hilangnya borang akak.

Unknown said...

Dah baca Berita Harian hari ini? Pergi belek sampai dapat baca berita tentang kad kredit ya:)

Kenanga Biru said...

kad kredit adalah hantu.

Nida Shaari said...

ANUAR :Dah baca pagi tadi. Macam ada terperasan tapi tak ingat lah. OK. Saya pergi belek sekali lagi.

Ha ha ha

NIKOTIN :Boleh ketagih macam nikotin juga ke?

sinaganaga said...

eh, la ni dah ada kad debit. :)

Ron97 said...

apply kad tesco lagi mudah.

apply citybank kalau nak cepat
apply bankislam kalau nak best.

kosong said...

apply maybank - petronas (kalau kamu isi minyak petronas

apply citibank - shell (kalau isi minyak shell)

Liliyuli said...

ingatkan mahu rebut chinta sejati..rupanya kad kredit..

ada hikmah disebalik itu la kamu..

Nida Shaari said...

NAGA :Tapi debit kad pun kena apply juga kan. Lagipun duit kena sentiasa ada dalam akaun lah.

RON97 :Aku dah ada kad tesco.

Okey nanti aku buat penyelidikan lah

NETT :Aku dah jatuh cinta pandang pertama.. Tapi dikhianati pulak. Pintu hati aku belum terbuka untuk cinta yang lain..

Ha ha ha..

LILIYULI :Chinta sejati hanya untuk Dia..

A said...

:)

asuhara sue said...

kalau nak kad kredit ambk jumpa saya!
( saya boleh beri kad platinum dgn aplication yg setara dengan kad emas)

p/s: haha saya teriklan pulak!

paiseh said...

pegi kasi gegar laa itu bank..

Nida Shaari said...

AZRIN ::)

ASUHARA :Wah ada agen di sini rupanya :p

PAISEH :Budi bahasa budaya kita.

ymn said...
This comment has been removed by the author.
ymn said...

premises 1 - hati yg berubah
premises 2 - orang tengah
premises 3 - sabar mengejar gunung..
premises 4 - kad kredit
-------------------------------------
kesimpulan..
"memohon kad kredit melalui org tengah kena sabar seperti mengejar gunung kerana hatinya boleh berubah."

p/s adakah permohonan saya untuk Perempuan Simpanan sama seperti memohon kad kredit..??

-----------------------------
1 - klu nak cepat apply HSBC
2 - klu baik hati bayar % lebey choise maybank or CIMB
3 - card debit - byk tempat tak terima..
4- kad atm paling bes !! ada balance boleh shopping .. tak der balance sendiri mau ingat..

Nida Shaari said...

AKU :1. Saya ada pengalaman dengan debit card / bank card. Memang banyak tempat tak de servis ni.

2. Tapi kad ATM tak boleh bayar tiket flight secara atas talian.

Saya bukan nak kad kredit untuk shopping. Nak shopping duit yang ada pun tak terguna..

p/s : Perihal perempuan simpanana : saya masih menunggu keputusan saudara bagaimanakah caranya serahannya. Pos? Katanya x ada orang di rumah nak terima. Serahan tangan? Tak pula diberi persetujuan.

Jadi. Saya masih sabar menanti..

Anonymous said...

uiks .. hang tunggu aku .. aku tunggu hang .. ahahaha ..
guna pos !!.. adrress tempat keja .,,

onlien maybank2u boleh beli ticket firefly ..

-aku

Nida Shaari said...

AKU :mana alamatnya?? Tak de pun dalam email.. saya dah email semula. Sila semak, balas dan sertakan alamat. Saya akan pos secepat mungkin.

Saya naik MAS.. hik hik hik

nas said...

nak beli buku prpn simpanan ada lg x? plz..

Nida Shaari said...

NAS :Sila email saya di madulebahATgmailDOTcom

Mya said...

kami baru potong 4 kad kredit. hohoh..

Nida Shaari said...

MYA :Satu usaha yang bagus. Teruskan jangan pandang belakang.

@LiYaNNuaR ツ said...

kami pon! ngeh ngeh ngeh

Nida Shaari said...

LIYA :Wah! Nampaknya aku sorang saja la yang tadak kad kredit. ha ha ha