Thursday, April 09, 2009

..::KABINET BARU::..

Oh, jangan terpedaya. Ini bukan cerita tentang kabinet baru yang saya beli. Atau gossip tentang kabinet baru yang ditempah oleh kawan saya. Atau apa saja cerita tentang kabinet meletak barang. Ini tentang barisan kabinet baru Kerajaan yang telah diumumkan oleh PM hari ini.

Sebagai seorang kakitangan awam, perkara ini memang memberi kesan kepada saya. Selama berkhidmat hampir 9 tahun, saya memang rasa penat bila ada rombakan begini. Kementerian tempat kerja saya tentu saja akan bertukar. Lagi. Lagi dan lagi. Hmmmm Kementerian saja yang tukar. Saya tidak ke mana-mana pun. Entah bila mahu bertukar tak tahu lah. Ha ha ha.. (Ajid dan Kak Pnut sila keji saya)

Jika ditanya apa perasaan apabila Datuk Seri Rais menerajui semula Kementerian, tentu sahaja saya suka. Kerana beliau memang sesuai dan ketokohannya terserlah di situ. Tapi jika ditanya lanjut tentang gabungan kementerian, sungguh saya tidak suka. Kementerian akan jadi besar dengan pertambahan agensi dan jabatan. Dan, paling penting selepas ini saya sudah tidak boleh mengutuk RTM lagi apabila menampilkan iklan rancangan hiburan seperti iklan rencana dengan voice over yang tidak sesuai. Tak kan nak kutuk Kementerian sendiri.

Namun, saya yakin ada sesuatu yang mahu dilakukan Kerajaan terhadap agensi berkenaan. Dan pastinya mengharapkan sentuhan magis yang ada di tangan Datuk Seri Rais. Kita tunggu dan lihat sahaja ke mana arahnya selepas 63 tahun.

8 comments:

Tok Rimau said...

Tutup jalan pada hari minggu masih tetap berlaku. Hi hi hi.

paiseh said...

err.. kabinet baru lu beli tu ape crita??

asuhara sue said...

eh kalau kutuk membawa kebaikan ok apa, atau bahasa halusnya, komen positif?

Nida Shaari said...

TOK R :
Ha ha ha... itu sudah semestinya

PAISEH :
Mana ada gua beli kabinet baru. Tu tipu je

ASUHARA :
Ooo komen membina ye? betul juga kan.

Ihiks..

Kenanga Biru said...

bagi aku yang mempunyai projek dengan kerajaan juga pening kerana nak pahamkan kembali peel orang-orang baru nih

Pnut said...

kami pulangkan balik menteri hang pa...

kami dpt menteri baru..

bila nak tukar mai atas bukit ni..

j.e.j.a.r.i. said...

ribut taufan puting beliung yg mengatakan kita akan 'rujuk' kembali sebelum ini..agak menyusahkan hati ramai pihak.
tapi semalam semua mengurut dada..menghela nafas lega.
pecah.gabung.pecah.memang penat.
messy.

marilah kita bekerja!

Nida Shaari said...

NIKOTIN :
A'ah itu pun satu hal.. Banyak habis duit pun iya jugak.

KAK PNUT :
He he he.. agaknya dia lebih sesuai di sini.

Semoga menteri baru hangpa tu sebest menteri yang lama dulu.

Kami tunggu naik pangkat dulu la kot baru bleh keluaq.. Itu pun kalau

FAIZAH :
A'ah lega gak tak gabung balik.. ha ha ha