..::KEGEMBIRAAN BERGANDA::..
Tiba-tiba saya rasa bulan ini adalah bulan yang paling menggembirakan saya.
Banyak perkara yang tidak disangka-sangka terjadi. Walaupun ada sesetengah perkara itu tidak seperti yang saya mahu, tetapi saya tetap positif. Saya anggap tentu saja ada hikmah di sebalik semuanya. Dan sudah pasti ia sentiasa mewarnai perjalanan hidup saya selama ini.
Semalam saya dengar kuliah zohor di IKIM.FM, ustaz kata "nikmatilah hidup hari ini dengan sebaik mungkin kerana hari esok adalah sesuatu yang tidak pasti untuk kita. Dan usah dikenang hari semalam kerana ia pasti tidak akan kembali."
Lalu, saya sedang cuba belajar untuk melakukan sesuatu yang terbaik setiap hari. Memohon kemaafan. Juga memberi kemaafan. Untuk diri saya. Juga untuk mereka yang dekat dengan saya.
Harapannya semoga kegembiraan ini berterusan pada masa akan datang.
Owh, tiba-tiba juga didapati pendapatan nuffnang saya sudah boleh ditunaikan. Saya gembira. Berganda.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
2 comments:
alhamdulillah, apa lagi, dah dapat nuffnang..belanjalah kawan-kawan..hehehe
NIKOTIN :Berkat sokongan kawan-kawan juga ek?
he he he
Post a Comment