Tuesday, April 07, 2009

..::LANGIT MENDUNG, MENTARI MALU-MALU MENYAPA SINARNYA::..

1. Perempuan ni sangat mudah dijangka. Tak perlu diberitahu, orang di negeri lain pun boleh agak apa yang mengganggu emosinya.

2. Hujung minggu lepas saya pergi menonton wayang. Filem Confessions of a Shopaholic. Saya cukup terhibur. Berkali-kali saya terpaksa meminta maaf kepada teman di sebelah kerana ketawa saya yang keterlaluan. Saya bercadang mahu menonton filem itu sekali lagi. Tanpa gangguan tangisan anak kecil yang minta disusukan. Oh, bukan anak saya. Anak orang lain. Kadang-kadang saya kurang faham dengan ibu bapa yang bawa anak kecil bersama untuk menonton filem yang mereka mahukan.

3. Filem itu sungguh memberi kesan kepada saya. Tapi tidak pasti untuk jangka masa berapa lama. Namun, setakat selepas menonton wayang dan berjalan-jalan di dalam Ikea, ia boleh dikatakan sedikit-sebanyak berjaya mengawal nafsu saya. Sila tanya diri sendiri perlu atau tidak barangan berkenaan.

4. Oh, saya agak sedih. Kasut putih yang baru sekali saya pakai itu sudah tercemar. Ada kesan warna biru pada bucklenya. Kesan yang diperolehi daripada beg dobi yang saya letak dalam bonet bersama-sama dengan kasut. Saya sudah cuba cuci tetapi tak mahu hilang. Saya sudah kehabisan idea.

5. Saya ada 2 laporan yang belum disiapkan. Penyakit saya sangat kronik. Saya perlu muhasabah diri. Dan memohon ampun daripadaNya. Saya hambaMu yang lemah.

6. Sesungguhnya tajuk di atas tiada kaitan langsung dengan isi kandungan entry ini.

4 comments:

puanstoberi said...

sesungguhnya posting ini juga tiada kaitan dgn topik cikmadu lebah.huhu.sy dh dpt memo utk assembly esuk.cik madulebah pegi tak? sekiranya pegi buleh la kita bertegur sapa esuk ye.hehe

Bungo Lale said...

saya sudah lama tidak menonton wayang... huhuhu...

Nida Shaari said...

PNSTOBERI :
Bukan batal ke?

AWAN :
Jom la pegi tengok sesama..

Hik hik hik

puanstoberi said...

a'ah.batal dan postpone ke esuk kan.mlm td baru dpt tau.