Wednesday, August 19, 2009

..::IBU MERTUAKU::..

Kata orang; bila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan, sebaliknya kita akan berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.

Maka, saya sedang cuba membiasakan diri dengan keadaan itu.

Oh, saya belum berkahwin. Dan saya juga belum ada ibu mertua.

Tetapi saya ada bakal ibu mertua. Yang rajin menelefon saya. Yang sangat peramah. Yang akan bercakap apa yang dia mahu cakapkan secara terus terang. Katanya lebih mudah. (Owh, Tuhan berilah saya kekuatan untuk bercakap dengan sopan tanpa membalas dengan ayat-ayat sarkastik yang menjadi kebiasaan dan tabiat (kurang baik) saya).

Pada suatu hari dalam perbualan kami, bakal ibu mertua saya bertanya sama ada saya pandai menjahit ataupun tidak. Ok saya rasa terperangkap. Mahu jawab tidak, jatuh pula saham saya nanti. Lagipun saya (agak) pandai menjahit cuma tidak cekap kerana tidak berlatih. Sebab selalunya saya sekadar alter baju kemudian sembat saja atau jahit manik-lah kan. Mahu jawab pandai, nanti memandai-mandai pula. Ha ha ha.

Lalu saya memilih jawapan "boleh lah" sebagai langkah selamat. Lagipun pakar motivasi selalu kata jawapan bolehlah itu mungkin boleh jadi boleh atau mungkin juga tidak boleh. Eeerrr berbelitkah ayat itu? he he he. Tapi mulut ini terlebih pula tambah ayat "tapi saya takde mesin".

Dan. Ayat itu semakin memerangkap saya apabila bakal ibu mertua menawarkan sebuah mesin jahit untuk dibawa pulang nanti.

Matilah saya!!!!!

19 comments:

tentangseseorang said...

ahahaha!
sila jahitkan baju raya buat bakal ibu mertua. ahahahahaah

mrsazi said...

hehe..entry ni buat saya ketawa la pagi ni :D

Nida Shaari said...

Kenapa semua orang komen 2x? Musykil sat.

ADY :
Eerr.. Bukan bakal ibu mertua ke kena hadiahkan baju raya (yang dah siap jahit) untuk bakal menantu yang dinanti-nanti?

Ha ha ha

MRSAZI :
He he he..

Elok lah pagi-pagi dah ceria. Semoga cerianya sampai ke malam

Pnut said...

nanti saya akan hantarkan tempahan baju saya...

mane tau dapat mesin jahit apple keeee kleeeessss kan,..

Amyz! said...

i mahu tempah baju raya untuk tahun depan.

tu pun kalo u tak bz dan pregnant la eh? hahahaha.

cik puan daun said...

nida... best nyerr.. mesin jahit mahal occay.. ahahahaha..

dia nak ko jahit baju raya anak dia karang.. :P

asuhara sue said...

hahahha..
jaga2 cik nida, entah2 kena jahitkan langsir raya tak?

Nida Shaari said...

PNUT :
Ha ha ha

Mimpi dulu lah ye

AMYZ :
I memang bercadang nak pregnant secepat mungkin. Tapi semua ketentuan Tuhan, kan

DAUN :
Anak dia tu aku tempahkan kat kedai je. Cerewet lah.

(ha ha ha tak baiknya keji tunang sendiri. Mampos aku kalau dia baca)

Kartini said...

hehe...tersengih ku membaca posting kali ini :p

selamat menjahit nida :p

mugiwara said...

habislah...

mulut takde insuren ye?

hikhikhik!

sila berlatih menjahit mulai sekarang.

Nida Shaari said...

ASUHARA :
Alaa langsir senang aje. Hik hik hik

KARTINI :
Jahit kain batik boleh la. Tapi kalau batik sutera daku upah orang juga lah.

MUGIWARA :
Insurans baru nak amik. Tak cukup setahun pun lagi.

Mesin belum ada jadi tak boleh la nak berlatih. Ahaks

Unknown said...

"Pandai pandu kereta?"

"Bolehlah, tapi saya tak ada kereta."

Hah boleh dapat kereta percuma nanti!

arin said...

pandai shopping?
boleh laa.. tapi saya takdak duit..

Nida Shaari said...

ANUAR :
Ha ha ha

Bertuahnya menantu tu kan.

ARIN :
Walaupun jawab macam tu, tapi permintaan tetap tak akan dilayan.

Kecuali pujuk secara 'halus'

ha ha ha

fizzahyahiya said...

erkk. macam tu eh? memang kena interview2 macam tu ya bila dah hampir dekat dengan waktu itu?? Duh... *cuak*

Mya said...

sy doakan awk gigih belajar menjahit. nanti senang sy hantar tempahan baju raya kat awk jer! tak perlu susah2.. :D

Nida Shaari said...

SCHA :
Macam tu lah. Tak perlu cuak. Cuma jadi je diri sendiri. Tak payah nak berlakon

MYA :
He he he.. Doakan saya eh

Nanti kalau awak nak tempah langsir pun mungkin saya boleh jahitkan

CathJ said...

Kekekkekekek.... lucu pulak terbaca post ni..... Dah tak boleh lari dah.... gi belajar jahit baju... at least baju kurung hehehheheh....

Visiting your blog ya... ^_^

Nida Shaari said...

CATH J :
He he.. Sebenarnya memang dah lama teringin nak amik kursus menjahit secara khusus, tapi dia orang tak de offer yang part time.

Baju kurung memang pandai jahit cuma tak cekap.