Wednesday, June 10, 2009

..::ZOOM MALAYSIA - SABAH SIRI I::..

* Diedit semula pada 11 Jun 2009

Minggu lepas dari 4 hingga 8 Jun saya bersama 2 orang kawan telah terbang ke Sabah. Perancangan ke Sabah telah dibuat seawal bulan Februari lagi. Iyalah kan. Kalau mahu tiket yang murah mesti buat tempahan ketika promosi. Tiket yang saya dapat bernilai RM444.00 (pergi dan balik) menggunakan Malaysia Airlines. Mungkin ada lagi yang lebih murah, tetapi itu sudah cukup murah daripada harga biasa.

Tujuan utama ke Sabah ialah untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat saya di Keningau. Cerita tentang majlis nanti akan menyusul dalam entry lain. Oh, ada kawan saya sms jika kenduri di Sabah pun saya boleh pergi tentu saja yang di semenanjung ini tiada masalah. Ha ha ha.. InsyaAllah.. Lagipun majlis tak akan berjalan jika salah seorang daripada kita tiada. Kan? *wink*wink*

Saya berlepas dari KLIA jam 14:15PM, 4 Jun 2009. Mari kita layan gambar saja lah.



Indah sungguh ciptaan Allah. Awan kepul-kepul dengan langit yang cukup biru. Tapi itu bukan langit di Kuala Lumpur. Langit tu ketika sudah hampir separuh perjalanan. Gambar kecil ialah pemandangan sekitar Putrajaya/Dengkil. Gondol sahaja. Manalah tidak berjerebu udara di sini. Hmmm.

Ini set hidangan makan tengahari saya. Kerana itu saya memilih MAS. Saya mahu menikmati apa yang dikatakan Malaysian Hospitality.



Maaf gambar adalah bergegar kerana walaupun di udara, pergerakan kapal itu tetap seperti berada di atas jalan raya yang berlopak-lopak. Kalau kakak saya yang pertama kali menaiki kapal terbang itu, mesti terasa takut dengan keadaan yang dialami.

2 1/2 jam penerbangan kadang-kadang agak membosankan. Maka saya dan kawan-kawan buat aktiviti yang tidak lain dan tidak bukan ialah mengambil gambar.



Ini percubaan saya untuk mengambil gambar sendiri. Percubaan gagal kerana tangan saya tidak cukup panjang. Maka semuanya tinggal separuh sahaja.

Penerbangan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang baru jam 16:40PM. Jam 4.00 petang di Sabah, matahari sudah mula condong.



Selesai urusan kemasukan, kami bergegas mahu cepat sampai ke hotel. Kewajipan belum lagi ditunaikan. Mujur kenderaan sudah sedia menunggu.

Selesai hari pertama. Hari kedua saya di Sabah akan menyusul dalam entry lain.

6 comments:

Mya said...

kenapa hari tu kami naik MAS tak dapat aiskrim baskin robin pun!

ini tidak adil!

Nida Shaari said...

MYA :
He he he.. Entah lah. Sebab masa balik pun tade eskrem. Yang ada cuma cokelat dan biskut comel je.

Atau mungkin sebab flight pegi tu tengahari dan flight balik tu malam.

ymn said...

RM444 tu pakej ker?? p dan balik ?

kosong said...

aduhh dah lama nak makan eskrem asik tak dapat2 je ni.

kakak noha, blanje adik eskrem bleh dak?

puanstoberi said...

errr..cik madu lebah..itu kakak senior saya ms kat uitm..kak ina..smpai kan salam sy utk dia yer. hehe :P

Nida Shaari said...

YMN :
RM444 tu pergi - balik. Tak la pakej. Flight saja. Yang lain semua tempah asing-asing. Free and Easy

KOSONG :
Adik kalau singgah KL roger2 la kakak. Jadi boleh la kakak belanja eskrem

PUAN STOBERI :
A'ah.. Tu Kak Eena. InsyaAllah nanti saya cakap stoberi kirim salam. ahaks