Kerana hambatan masa jadi makan minum saya agak tidak teratur. Belasah sahaja. Janji perut diisi.
Hari Rabu lepas, saya balik lambat. Ada mesyuarat pagi dan petang. Rasa tepu kepala dan otak. Jadi, saya tapau saja laksa untuk dijadikan makan malam.

Laksa ni rasanya biasa-biasa sahaja. Saya tidaklah mahu komen lebih-lebih kerana saya bukannya pandai masak laksa. Tapi saya agak musykil kerana laksa ini kuahnya agak berminyak. Setahu saya kuah laksa direbus terus tanpa tumis. Kecuali (mungkin) dia menggunakan ikan sardin tin macam resepi adik ipar saya. Sebab ikan sardin tin memang sedia kala berminyak. Kan?
Hmm.. apa-apa pun bersyukurlah dengan rezeki. Nak harap saya masak sendiri tidaklah. Dan kepada mana-mana lelaki (bujang) yang gemarkan laksa dan mahu makan selama 3 hari berturut-turut, saya bukanlah calon isteri pilihan untuk anda.
8 comments:
sukanya makan laksam!
baik utk pertambahan kolesterol - tuan kedai...
mak kita masak laksa sedap.. :)
barangkali ada sambal tumis tertumpah dalam kuah laksa. ha ha.
.
itu ler makanan ruji saya waktu di kampus dolu2
KEHELAN :
Laksam?? Eerr mungkin tak boleh makan banyak kot. Muak.
PAISEH :
Win-win situation namanya tu
RIN :
Okey nanti kakak p rumah jangan lupa jamu laksa
TASIK :
Ya. Saya baru masak sambal tumis petang semalam
ASUHARA :
Ish tak kembung perut ke makan laksa banyak2?
walaupun akak kata rasanya biasa2 je, tapi gambarnya nampak sangat sedap.. (ke sy yang tengah lapar giler time ni.. :P )
HAIDA :
orang kata (orang la yang kata) jangan menilai isi daripada kulitnya..
hik hik hik
Post a Comment