I
Hari ini. Rasa masa tu macam lambat saja berlalu. Saya seorang sajakah yang rasa begitu?
II
Cuaca di luar tidaklah terlalu panas. Dan tidak juga mendung. Sejak akhir-akhir ni kerap pula hujan pada waktu petang. Bagus juga. Tak lah kepanasan waktu malam. Saya yang sebelum ini tak pernah pasang kipas waktu tidur pun sudah mula belajar berkipas kerana sudah tidak tahan.
III
Saya dapat tahu kebanyakan tukang jahit sudah tidak ambil tempahan untuk baju raya. Jika diikutkan, puasa pun belum lagi. Tapi sekarang ramai yang mahu buat persiapan awal. Saya pun belum tempah baju untuk hari raya. Dan hari-hari yang lain. Hmmm.. Mana mahu cari tukang jahit ni.
IV
Mungkin juga saya sudah dalam mood bercuti.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
10 comments:
I
mungkin jam kak nida dah rosak.
II
global warming.
III
beli je baju siap.. hehehe
IV
yeay! holiday!
OLIN :
Ha ha ha.. Blog akak xde pun kisah sapa 1st sapa last. Semua komen adalah dihargai.
Neway, kakak adalah bersaiz kanak-kanak jadi sangat susah mau cari baju siap.
Holiday bermakna duit-duit juga berterbangan..
ya,
aku pon rasa hari ini lambat betui masa berlalu. dah la hari ini hari poya2 saja datang ke opis (hampeh!)
Malam semalam panas yang amat sangat. Rupanya sebab hari ini mahu mendung sejuk begini. Alhamdulillah :)
NETT :
Sapa suruh rajin sangat datang opis. Bukankah orang lain masih bercuti Gawai
MARLIZA :
Oh. Agaknya angin mendung di KL sudah terbang sampai ke Johor :)
cutiii?
alamakkk..,tetiba terbayang2 pakcik2 imegresen....wahh bestnya dapat bercuti, jln2....duit habiss....ehehehe..
ASUHARA :
Ha ha ha.. Cuti ini tak ada kaitan dengan imegresen ya.
size kecik bukan lg senang nk cari baju ke? kalu mcm olin ni, kena pinjam baju zirafah.. haha~
"Saya pun belum tempah baju untuk haru raya. Dan hari-hari yang lain."
terbau nasik minyak lah.
OLIN :
He he he.. Ntah. Mungkin ada pro dan kontranya.
EZHAM :
Memang la bau nasi minyak. Sekarang musim cuti sekolah
Post a Comment