Tuesday, June 02, 2009

..::SYURGA CINTA::..

Jodoh itu terbahagi kepada 3

Jodoh dari Syaitan
Jodoh dari Jin
Jodoh dari Allah - kamu bertemu, berpandangan, terus menusuk kalbu. Kamu melamar dan lamaran kamu diterima. Kamu bernikah. Dan hidup bahagia sehingga akhir hayat. Itu yang dinamakan Syurga Cinta.



Hujung minggu lepas saya pergi menonton filem Syurga Cinta. Buah tangan penerbit David Teo dan arahan oleh Ahmad Idham. Dengan barisan pelakon utama terdiri daripada Awal Ashaari, Heliza AF5 dan Hadziq.

Selepas Filem Sepi, ini filem Melayu kedua yang saya tonton di panggung dan saya menangis. Saya tersentuh dengan Sepi kerana ia mengajar kita makna sepi dengan lebih luas. Syurga Cinta pula menyentuh hati saya kerana mesej keinsafan yang cuba disampaikan menerusi filem ini terus menyentap dan meresap dalam jiwa. Ditambah dengan alunan tiupan seruling Mohar melatari babak, cukup menusuk kalbu. Cuma saya tertanya-tanya di mana lagu runut bunyi yang katanya dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun itu?

Tidak keterlaluan jika saya katakan filem Syurga Cinta juga layak menandingi filem Ayat-ayat Cinta dari seberang. David Teo sebagai penerbit saya lihat begitu bijak menghasilkan filem-filem yang dekat dengan penonton. Walaupun pernah gagal dalam percubaan menghasilkan filem berunsur keislaman menerusi Syukur 21, beliau tidak pernah berputus asa. Hasilnya, filem Syurga Cinta sangat berjaya. Saya harap beliau akan terus menghasilkan filem-filem sebegini yang lebih memberi pengajaran, jika mahu dibandingkan dengan filem-filem seram dan mistik yang dikeluarkan oleh syarikat beliau.

Filem Syurga Cinta sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Inilah filem Malaysia yang patut kita sokong. Tahniah kepada David Teo. Tahniah kepada Ahmad Idham. Juga tahniah kepada para pelakon yang berjaya membawakan setiap watak dengan begitu berkesan. Jauh di sudut hati saya sebagai peminat Awal Ashaari, berdoa agar filem ini juga memberi kesan dalam kehidupan seharian beliau bukan sekadar lakonan semata-mata.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi".

InsyaAllah, saya sudah bertemu pelangi.

18 comments:

Mya said...

oh... membaca entry awak ini saja sudah membuat saya mahu menangis.

adakah saya juga telah bertemu pelangi yang baru? yang akan menyinari hidup saya sehingga ke hujung nyawa? atau cuma akan bertahan seketika dan hilang pergi bila hujan teduh?

oh... saya lemah!

asuhara sue said...

saya harap saya juga akan berjumpa pelangi seperti awak itu, titik2 air hujannya sudah mendatang...cuma sedang bersabar menunggu indahnya pelangi.

Unknown said...

Ada dua perkara yang "hampeh" pada filem itu; Seorang "mamat" yang kaku di restoran yang sedang memilih makanan. Yang kedua banyak kali nampak "boom mic".

Keliru juga kenapalah ada juga babak yang "keluar berdua", sedangkan asalnya kata, "Ada orang ketiga."

Seronoklah sebagai hiburan. Tapi tetap tersentuh dengan filem Children of Heaven.

MY HEART said...

Salam..

Saya setuju sangat. Sampai meleleh air mata menyaksikan cerita ni. 2 kali menonton masih tidak puas. Salam Ziarah.

Nida Shaari said...

MYA :Setiap manusia berhak untuk menemui kebahagiaan.

InsyaAllah pasti ada pelangi yang akan terus menyinari hidup kamu walaupun selepas hujan teduh dan mentari bersinar cerah..

ASUHARA :Saya banyak belajar tentang sabar dan redha..

ANUAR :Ha ha ha.. Mamat kat kaunter makanan tu sangat hampeh. Bising juga panggung komplen pasal itu. Boom mic tu pun sangat lah ketara.. tapi tak apa lah.. saya anggap itu kelemahan teknikal filem tempatan..

Owh saya perasan gak scene keluar berdua tu. he he he..

Sekadar mahu keluar dari kelompok kebiasaan

MY HEART :Salam ziarah..

Saya mula-mula mahu cover menangis, tapi dah tak tahan kemudiannya. Belasah saja lah.

Marliza Radzi said...

best eh best eh?

tak sabar nak tengok!!!

Kay said...

tak sabar plak nak tgk... first nak tgk wayang nih... housemates dpt tiket free!

kak... sy juga ingin bertemu dgn pelangi saya! mudah2an dipermudahkan... :)

Amyz! said...

insya Allah.
Pelangi yang menjadi syurga cinta. Syurga di dunia dan akhirat. :-)

Nida Shaari said...

MARLIZA :Best!! Pegilah tengok.

KEHELAN :Wah!! Bertuahnya. Sudahla pertama kali, percuma pula tu!!

InsyaAllah, setiap manusia sudah ditentukan jodohnya oleh Allah

AMYZ :Ya, pelangi yang ada bermacam-macam warna. Warna kehidupan

angel_baik said...

dekat sunway carnival seberang jaya sudah pun habis tayangannya pada 30hb lalu. Baru 9 hari tayangan. Seat sentiasa penuh. Tapi tidak di lanjutkan tayangan. bukan wajib tayang 2 minggu ke...?

Ampeh betul tokei panggung tu. Boikot!

Ernie Zuraida said...

ya nida aku dah tgk citer nih...mmg menusuk kalbu... aku kesat air mata tanpa sedar.... :)

Nida Shaari said...

ANGEL :Syarat Wajib Tayang memang 2 minggu sahaja. Tetapi jika dapat sambutan, pihak panggung boleh tayangkan seberapa lama yang mereka mahu.

Eh, tu kan menjana pendapatan mereka gak.

BLUEROSES :Aku sedar je nanges ngan kesat air mata.. ha ha ha..

ymn said...

pelangi tu khayalan semata2 ..
hahahaa
indah dlm bhs & lukisan jer..

Nida Shaari said...

AKU :Pelangi tu nyata. Tak pernah nampak pelagi kah?

Cuma, menyamakan keindahan dan kebahagian hidup dengan pelangi adalah khalayan

Unknown said...

pelangi. suka!

Nida Shaari said...

OLIN :
Tapi tak boleh tunjuk dengan jari. Nanti kudung. Ahaks!!

Unknown said...

ok, olin tunjuk dgn bibir yg muncung. xguna jari tau~

Nida Shaari said...

OLIN :
Ha ha ha.. Tak cantik occay muncung bibir camtu