Monday, June 29, 2009

..::1 MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN::..



Sila maafkan entry saya kali ini. Tajuknya sahaja sudah buatkan saya rasa sesuatu. Tapi jangan risau, isi perutnya hanya perkara biasa sahaja. Tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil DUN Manik Urai. Ha ha ha.

Sebenarnya hari Sabtu yang lalu sesudah subuh saya berada di Dataran Merdeka. Sempena pelancaran logo dan lagu 1 Malaysia serta senam seni Malaysia.



Kalau ikutkan hati memang malas sangatlah mahu bersesak di Dataran Merdeka pagi-pagi hari. Tapi memandangkan saya ada misi yang perlu dicapai sebelum hujung tahun, maka saya bersedia untuk bersenam tidak kira masa dan ketika.

Hmmm saya malas mahu bercerita. Kamu tengok saja gambar dan wajah-wajah yang dikatakan 1 Malaysia itu. Iye ke? ha ha ha







Ok. Itu saja lah. Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi saya malas dan tak ada mood. (Banyaknya perkataan malas dalam entry ni)

Lepas habis senam seni saya pergi main badminton pula. Ya, saya perlu gigih sekarang ini.

4 comments:

Unknown said...

Oh ya saya nampak! Nampak pak menteri beria-ia bersenam ala Asimo!haha

Kay said...

nampak 1 malay jek...

hihihih

tasekM said...

aku tgk najibnya joget2 hr tu. ha ha.


.

Nida Shaari said...

ANUAR :
Hik hik hik.. Comel pun ada. Kelakar pun ada.

KEHELAN :
Sia nye ada... ramai.. kat gambar kecik2 tu

TASIK :
Kalau berkesan kat Rosmah senaman tuh, memang aku tiap2 hari akan buat lah