Thursday, June 18, 2009

..::AWARD LAGI::..

Terima kasih kepada Arin yang telah menganugerahkan saya award ini. Juga terima kasih kerana ia telah memberi saya peluang untuk kemaskini blog. Malu pula rasanya. Blog yang dikatakan amazing tapi tak ada bahan untuk dikemaskini. Tapi biarlah.



Oh, ada peraturan tentang award ini. THE RULES: (1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award. (2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies. (3) Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them. (4) Leave a comment on the receipients' blog to tell them they've been tagged. (5) Paste the award badge in your sidebar.

Mari kita mulakan.

5 Perkara menarik tentang Arin - Arin ini kawan adik saya yang katanya walaupun dulu sama tempat belajar tapi tidaklah berkawan sebab adik saya kerek. Arin ada mak yang cantik dan saya mahu tahu apa petua untuk kekal kelihatan begitu walaupun sudah berusia. Dia seorang peguam dan juga blogger yang menulis sesuatu yang menarik. Arin dan saya satu 'kampung'.

10 fakta tentang saya - Oh, sudah banyak tag yang minta perkara begini. Seperti biasa, fakta yang sudah diketahui ramai saya ada koleksi pakaian yang boleh dipakai selama lebih 3 bulan tanpa mengulang satu pun. Selain itu saya ada lebih 20 pasang kasut. Saya boleh memandu kereta manual dan auto. Saya suka membeli belah. Saya pencinta hijau. Saya pandai masak dan tentu sekali suka makan. Saya juga pandai menjahit. Dan saya mempunyai ciri-ciri menantu yang diingini oleh makcik di luar sana. he he he.

Peraturan ini minta disenaraikan 10 blog. Tapi, peraturan manusia boleh diubah dan saya mahu mengubahnya kerana saya hanya mahu panjangkan anugerah ini kepada mereka:

Water Lily seorang penulis blog yang sangat saya kagumi. Kalau kamu kenal dia, mesti kamu rasa apa yang saya rasa. Kekurangan tidak menjadi penghalang langsung bagi beliau.

Saya mahu anugerahkan setem ini kepada blog peribadi Mya. Saya kenal Mya dari zaman remaja lagi. Kami satu sekolah, satu IPT, pernah satu rumah, pernah berjiran sewaktu di Sentul, pejabat pun tak jauh dan macam-macam lagi. Banyak kenangan kami. Tapi yang penting apa yang pernah berlaku sedikit pun tak jadi penghalang untuk kami terus bersahabat. Bersahabat dari hati seiring dengan pertambahan usia dan kematangan diri.

Tasik Merah yang menulis secara bersahaja. Kadang-kadang pendek saja entrynya. Tapi cukup mencuit hati. Mungkin dia mendapat ilmu menulis secara tidak langsung daripada bapa mertuanya.

Cik Daun yang menjadi kawan baik sejak saya menjadi blogger. Ada yang tidak percaya bahawa kami kenal hanya melalui blog. Kenapa, tak percaya?

Kawan poyo dan gedik yang saya kenal juga melalui blog. Kak Pnut sudi-sudikanlah terima award ini ya.

Dan saya juga mahu beri anugerah ini kepada blog periuk tanah kepunyaan kakak saya. Saya selalu lapar dan berharap bila pergi rumah dia, ada makanan-makanan yang boleh saya tapau. Relevan kah?

OK. Cukuplah tu. Nanti saya sambung lagi dengan entry lain. Kepada yang sudah diberi award ini, terimalah dengan hati yang terbuka. Oh, sesiapa yang pernah beri saya award tetapi belum diletak di sisi blog ini harap jangan berkecil hati ya. Nanti saya akan kemas kini. Terima kasih semua.

7 comments:

tasekM said...

ni nak bagi award ke nak suruh buat assingment ni hah...? hihihi...




.

Nida Shaari said...

TASIK :
Dah dapat award kena la buat assignment. Baru la berbaloi-baloi

Water Lily said...

Nanti akak buat okeh! Banyak assaignment neh haha! (alasannnnnnnn!)

ps: Eh, akak dok tertanya-tanya siapa apak mertua si TM ni. Jumpa asik lupa je,nak tanya dia. Nanti nak sms dia haha!

Mya said...

oh, terima kasih. terharu rasanya. sob sob..

Nida Shaari said...

WATER LILY :
He he he.. Tak de paksaan.

Eh, masa hari apak tuari dia ada letak buku-buku tulisan apak mertua dia tu kat blog.

MYA :
Sob sob jugak

tasekM said...

nida, aku dh silap tarikh hari apak daaaaaaa.... patut minggu ni kan. aku main sedap je sambut minggu lepas. muahahaha...

:p


.

Nida Shaari said...

TASIK :
ha ha ha.. tau xpe... aku ingat ko semangat sangat nak ucap kat apak mertua kesayangan ko..