Monday, June 22, 2009

..::JIKA 10 TAHUN LALU::..

10 tahun yang lepas.

Harga emas cuma sekitar RM68.00 satu gram. Pelajar pun mampu beli. Malah, birthday pun boleh hadiahkan emas.

Hari ini.

Harga emas mencecah RM122.00 satu gram. Gila mahal!!! Nak beli cincin belah rotan pun berkira-kira.

Hmmm.. Tapi U tak kisah, kan?

19 comments:

tasekM said...

cat! cat! jgn lupa. rumah belum cat, kan...?

:p



.

Unknown said...

Saya tolong jawabkan ya, "Demimu, I tak kisah. Cuma selepas majlisnya nanti, banyak duit yang diperlukan."

*Dari jiwa seorang lelaki! haha.

cik puan daun said...

ai tak kisah.. duit ai yang berkepuk2 tu mmg untuk yu poonnnn...

asuhara sue said...

i yakin dia x kesah pun, belah rotan ke, belah buluh ke...

Nida Shaari said...

TASIK :
Tak payah cat lah. Tukar langsir baru je..

ANUAR :
Lepas majlis tu cerita lain boleh tak?

he he he

DAUN :
Ha ha ha..

u nih buat ai sentap lah. Mana u tau duit ai berkepuk-kepuk?

ASUHARA :
Kawan ai pesan kalau nak apa-apa minta sekarang. Lepas kawen tinggal janji je..

arin said...

outdoor photoshoot sy cadangkan di ban pecah.. okay tak? eh. tetiba! haha!

Yana Ismail said...

huhu tau tkpe..mahal kan kak!ehehe..tp dia tk keshla. utk akak, apa sahaja;)

Kay said...

tu la kak... hajat hati nak beli utk diri sendiri pun pikir 10x... nak tunggu org beri tatau bila lg...

Marliza Radzi said...

wah. untung kalau jual sekarang ni. hehehe.

ezham said...

pehhh.. rege emas tak menahan la ni.

Nida Shaari said...

ARIN :
Ha ha ha..

Ya akak memang terfikirkan Ban Pecah. Dan, kami memang sukakan pantai.

LIYANA :
Macam jejaka Korea yang datang ke Jelebu tu la kan.. Ahaks

Neway, tahniah untuk awak berdua.

KEHELAN :
Alaaa beli je.. orang kata emas ni pelaburan juga.

MARLIZA :
Tapi diaorang beli dengan harga RM96.00 je..

Hmm tapi ok la jugak ek

EZHAM :
Untung la ko dah terlepas.

Unknown said...

huhu..mmg mahal la harga mas skrg..

mugiwara said...

10 tahun yang lepas

pendapatan tahunan per kapita pun bukan grand sampai mampu beli emas...

ye ke pelajar pun boleh beli.

itu anak sultan tu~

Nida Shaari said...

OLIN :
Sekarang kan tengah krisis ekonomi global

MUGIWARA :
Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Pnut said...

alaaa belum kawen le nak pow pun...
dah kawen esok belum tentu dapat...

dolu-dolu bebudak geju yg poyo biasanya bawak pasangan ke pnut inn, ape kah ianya juga akan berlaku???

Nida Shaari said...

PNUT :
Eeerr.. saya tidak poyo..

*tiba-tiba

ezham said...

ha ah, aku dulu masa student dpt ptptn siap leh beli cincin belah rotan kasik adiah kat anis. sampai la ni dia pakai. tak sampai 2 ratus pun.

Nida, dah lepas tu utk kawin. tapi lepas kawin pun kadang2 teringin gak nak bagi adiah kat bini kan? dari beli benda2 yang dah banyak (parfum, baju etc) ada baiknya beli emas.

Nida Shaari said...

EZHAM :
Ha ha ha..

Aku baik sikit la sebab beli emas pakai duit elaun masa praktikal.

(mulianya sebab lepas kawen pun masih rasa nak belikan emas untuk isteri.. bertuah Anis)

ezham said...

alah.. ramai je suami2 lain yang lagi bagus.

cuma biasa la orang kita ni, yang bagus2 pasal orang lain mana nak hilight sgt. tapi kalo bab yang tak baik memang senang je di war-warkan. Ye la kalau mengumpat, mana best kalau topic dia pujian-pujian kan. topic mengutuk2 la baru best.