Hari ini perasaan saya sangat lapang. Seperti biasa saya hanya mengikut flow sahaja.
Menjelang tengahari saya pergi Bandar Baru Bangi. Ada sedikit urusan di sana. Pada perancangan asal, hari ini saya mahu masak di rumah. Tapi bila sudah berada di luar dan berasa lapar, tentu perasaan malas menjadi-jadi. Apatah lagi restoran ada di merata-rata tempat.
Jadi, selesai saja urusan saya terus pergi tempat makan. Saya memang sudah fokus restoran mana yang menjadi pilihan. Menu juga sudah ada dalam otak.
Ya. Sekali lagi saya pilih JM Bariani House. Lokasinya ialah di deretan kedai di bahagian belakang Al-Ikhsan. Berhampiran Restoran Bamboo.
Kerana kelaparan, saya pilih bariani ayam. Saya tambah juga papedom.
Cuma saya sedikit kecewa kerana di cawangan ini tidak menyediakan bandung cincau. Tetapi, bandung soda juga boleh mengubat kekecewaan saya. He he he.. Asalkan ia bandung, kan.
Oh, selain daripada sirap bandung, saya lihat ramai juga pengunjung yang memesan air roselle. Nampak menarik. Mungkin lain kali saya boleh cuba.
Kerana saya menikmati hidangan dengan gembira walaupun bersendirian, mungkin ia agak menarik perhatian pelayan-pelayan lelaki yang comel-comel belaka. Ha ha ha. Saya layankan saja. Sementara ada peluang. Walaupun jasad saya sendiri tapi hati saya tidak. Salah seorang pelayan yang comel offer saya dessert. Tapi saya menolak sebab dah kenyang.
Pilihan dessert di sini agak pelbagai. Ada pilihan kek cawan, cream caramel, sagu gula melaka dan jeli buah-buahan.
Hiasan dalaman juga cantik. Ada satu cermin sebesar dinding yang membuatkan saya hampir tertipu. Mujur juga saya tidak terlanggar cermin tu. Tapi tiada gambar kerana saya duduk membelakangkan cermin. Agak malu untuk makan sambil menatap wajah sendiri. Ha ha ha.
Seperti apa yang saya pernah tulis sebelum ini, JM Bariani House memang tidak akan mengecewakan. Kepada yang mahu tahu lebih lanjut, mereka juga menyediakan laman sesawang untuk memudahkan pelanggan dalam arus teknologi masa kini.
Oh, saya tidak dibayar untuk promosi ini. Ini adalah saranan ikhlas saya sebagai pelanggan yang pernah mencuba. Tidak salah untuk kita berkongsi sesuatu yang bagus.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
9 comments:
perlu saya ajak kekasih perlu ke sini nanti.. :)
MYA :Ada banyak cawangan. Boleh pilih mahu yang dekat atau yang jauh.
hye..nice artikel..
feel free..visit my blog ok? :)
www.ygmenarik.blogspot.com
Ada orang kata, kalau makan makanan yang berlemak tepu, kemudia diminum air sejuk, lemak akan berkumpul yang akan mengakibatkan KANSER!
hAHA.
huhu... sedapnya, terus rasa nak pergi jugak...
ADMIN :Terima kasih.
Okesh nanti saya buat kunjung balas
ANUAR :Errkk.. ha ha ha.. memang la tak elok sangat.. tapi dah teringin lah. Jangan buat selalu lah kot
HANIS :Pergi jangan lupa ajak akak.. he he he
sedapnye sirap bandung tu..hehe.. thanx for mailing me the pempuan simpanan ye~
JM Briyani. kalu olin g bangi, olin cari.
OLIN :
Bandung cincau yang akak minum kat branch Alamanda lagi best.
Eerr kalau datang jangan lupa calling-calling akak, bleh kita p makan sekali.
ahaks
xdehal punye.. hehe..
Post a Comment