Friday, May 08, 2009

..::SESUATU::..

Jodoh pertemuan semua kerja Tuhan. Kita hambaNya cuma mampu berusaha dan berdoa.

Maka itu, tahniah kepada Ernie dan Fad yang selamat diijabkabulkan pada 1 Mei 2009. Majlis kenduri diadakan di Kulim pada 2 Mei 2009. Semoga jodoh ini berpanjangan sampai ke Syurga. InsyaAllah.

Yang ada di hari kejadian cuma saya, Mya dan Izan. Kawan-kawan lain rasanya tentu menantikan majlis di Putrajaya hujung bulan nanti.



Oh, sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya jumpa Fad. Saya sudah pernah jumpa Fad sekitar tahun lepas. Malah saya pernah minum dengan Fad. Berdua. Ha ha ha..

Tapi, secara jujurnya jika mahu tahu sesuatu tentang Fad adalah lebih afdhal pertanyaan itu diajukan terus kepada Ernie. Bukan kepada saya. Atau bukan juga orang lain. Bukankah begitu sepatutnya? Jadi, maafkan saya sekiranya jawapan yang diberi tidak menepati skema jawapan yang kamu mahukan.

Dan. Untuk sekian kalinya, tahniah kepada Ernie dan Fad.

9 comments:

Perempuan cerdas said...

Hello Wahida.

Saya suka sekali puisi Jatuh kamu.

:))

M.

Mya said...

tahniah ernie dan fad!

adoi.. bila pulak la kami nak update ni..

Nida Shaari said...

EMILIO :Saya syak anda adalah spam.

M :Maaf, saya bukan Wahida.

Tapi 'puisi' Jatuh itu memang tentang saya.

Terima kasih kerana menyukainya.

MYA :Kami sekadar cukupkan syarat.

Harus entry wedding Ernie ditunggu-tunggu..

tasekM said...

suci bersih je nampak kaler putih tu kan... :)


.

ernie said...

thanks nida.... :) pd siapa2 yg ingin tau menahu kesah saya & Fad.... sila lah terus menerus tanya kpd saya...sekian.... :p

Nida Shaari said...

TASIK :Ya.. sangat suci.. dan saya juga berangankan untuk pakai baju warna putih suatu hari nanti.. InsyaAllah..

ERNIE :Sama-sama babe..

he he he.. saya adalah tersepit di tengah-tengah. Tak rela tau

Perempuan cerdas said...

Oh my God I'm so sorry Nida.
Ampunkan saya,benar benar honest mistake.

Sorry? :(

M

Nida Shaari said...

MIMI :Ahaha.. Tidak mengapa.. Mungkin sedikit keliru kerana kita belum pernah ketemu..

Kapan mau pulang??

Perempuan cerdas said...

Ya,belum berjumpa!

Nanti pulang,kena jumpa okay?

:))

M