Tuesday, May 26, 2009

..::WEDDING ERNIE+FAD@PUTRAJAYA::..

Hari Ahad lepas saya penuhi undangan majlis resepsi Ernie dan Fadlie. Di Dewan Presint 9, Putrajaya.

Kerana sudah bersekongkol dengan pengapit pengantin, jadi waktu saya tiba adalah bersamaan dengan waktu ketibaan pengantin. Sayup-sayup terdengar bunyi kompang dipalu. Dan, tiba-tiba saya rasa nak kawen.

Sila abaikan keinginan saya itu. Kita cerita dulu perkara yang sudah berlaku. Saya datang serentak dengan Intan dan Cik Jah. Katanya nak tunggu Kak Akmal, tapi perempuan tu lambat. Jadi kami masuk dulu dan cari tempat nak jamu perut. Selain bersekongkol dengan pengapit pengantin, saya juga bersekongkol dengan mama Baby Q yang tiba lebih awal di tempat kejadian.

Kerana sibuk ke sana ke mari mengambil gambar, maka gambar sewaktu menjamu selera sudah lupa mahu dirakam. Sirap merah kuning sangat sedap. Mungkin hampir 1 jug saya minum. Dahaga. Ditambah dengan cuaca yang sangat panas.

Ini himpunan gambar pengantin yang saya rakam. Pengantin sama cantik sama padan. Lagipun saya rasa tak ada pengantin yang tidak berseri di majlis mereka. Kecuali kalau pengantin kena kawen paksa. Mungkin.



Ini pula pengapit pengantin yang bersekongkol dengan saya.



Kerana telah dihalau oleh jurugambar, pengapit pengantin mengambil keputusan mengipas diri sendiri dan kemudian menarik muka memandang pasangan pengantin memotong pulut kuning.

Di hujung-hujung majlis baru kelihatan Kak Ima sekeluarga datang. Saya terlupa rakam gambar dengan Kak Ima. Sorry ya kakak.

Dan. Entry ini diakhiri dengan gambar perempuan yang kepingin naik pelamin.



Doakan impian kami menjadi kenyataan. InsyaAllah.

14 comments:

Mya said...

saya adalah sungguh meroyan sekali dengan photographer kertu itu. sgt tak profesional.

walau begitu, tetap tak mematahkan semangat saya untuk berkahwin. hikss.. :p

Anonymous said...

sapala mama baby q tu..musti lawa kannnnnn macam anak dia tu...
hiks...

~Puan anon~

KiMi said...

hang kata nk kawen kat dewan parit buntaq belah malam? sana tadak tempat utk pelamin.hahahahah

Nida Shaari said...

MYA :Ya perkahwinan hangpa tak dak kaitan dengan fotografer itu.

PUAN ANON :Tatau lah. Kami tak kenai dia sangat. Ahaks

KIMI :Mak tak bagi lah buat kat dewan belah malam. Jadi buat saja kat rumah di siang hari.

Tadak pelamin pun takpa. Janji kawen. Ha ha ha

NISREEFA said...

HEHEHE..tak pe la Needa.. Yg penting kita meraikan kwn kita kan.. Akak doakan hang cepat naik pelamin no..

SHIMI said...

bila kau dah ada rasa itu, maknanya serumu telah sampai

apa kata ko advertise kat dalam paper, tak pun ko sebenarnya sorokkan ko punya bf dari khalayak umum

ymn said...

sblm kawen , kena becinta ,
sblm brchinta , kena bkawan ,
sblm brkawan , kena brknalan ,
sblm brknalan kena belanja makan ..

apa kata belanja aku makan ..

hahahahaha...

tasekM said...

aku pun terasa teringin naik pelamin juga lah!

bulih ke 2 kali? hahaha...



.

ezham said...

wedding ni pakai live band ka?

Nida Shaari said...

KAK IMA :Ye.. Kita meraikan dan merasai kegembiraannya..

SHIMI :InsyaAllah 'seru' tu dah sampai.

Tapi untuk reveal status terkini, belum tiba masa lagi.

AKU :Hi-tea kat hotel boleh?

TASIK :Boleh ja. Tak dak sapa larang.

EZHAM :Tak pun. Pakai minus one ja.

ezham said...

Okay. tanya tu pasal band member aku ada main utk majlis kawin kat putrajaya jugak ahad lalu.

Nida Shaari said...

EZHAM :Owh. Dewan lain kot? Tapi ade ke dewan lain? ha ha ha

@LiYaNNuaR ツ said...

aminnn

Nida Shaari said...

@LIYA :Sama-sama berdoa