Sejak bertahun-tahun. Di jari manis saya sudah tersarung sebentuk cincin emas belah rotan. Saya kira ia amat mudah dikesan. Sekali pandang saja sudah boleh nampak. Dan saya juga ada satu tabiat memusingkan cincin itu bila sedang berfikir.
Semalam. Seorang 'budak' lelaki menegur. Dengan nada yang saya rasa mahu pang saja mukanya. Sentap. Dan bising-bising kenapa saya bertunang senyap-senyap. Tak beritahu dia. Sambil tunjuk-tunjuk cincin di jari saya.
Pertama : Perlukah?
Kedua : Saya tidak bertunang. Jadi tiada isu sama ada saya beritahu atau pun tidak.
Ketiga : Jika pun saya bertunang, tidak perlu diheboh-hebohkan serata alam nyata dan alam maya.
Keempat : Sudahlah menceroboh ruang peribadi saya, mahu pula 'berbaik-baik' dan berharap saya mahu ceritakan bahan sensasi. Maaf.
Sebagai kesimpulan, sudah bertahun saya pakai cincin emas belah rotan di jari manis. Saya tak peduli apa pandangan kami tentang kenapa saya memakai cincin di jari manis. Cuma, saya tak suka cara kamu menegur. Itu saja.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
10 comments:
Berguraulah itu! Eh sensitif pula ya?
tiada hukum menyatakan hanya yang bertunang/berkahwin saja boleh memakai cincin di jari.
cuma mungkin ada yang beranggapan begitu.
masih
ia tak salah.
ANUAR :Dia bukan orang terpilih untuk bergurau 'kasar' dengan saya.
MENH :Setuju
tapi kenapa cincin belah rotan?? itu yg kita tak tau..
ah cicin halus saya ini pun sering jadi pertanyaan. org bertunang sajakah yg boleh pakai cincin di jari manis? bosan....
PAISEH :Ada lah...
ASUHARA :Kalau kena cara, saya iyakan aje
aku pulak pesen tak suka pakai cincin. cincin kawen pun tak pakai. teruk kan?
.
TASIK :Patut la ko rasa nak naik pelamin lagi
pelangkong aje...
@LIYA :Owh. Saya tidak ganas dan tidak juga memaki hamun.
Amat bertentangan dengan sikap positif yang saya cuba tanamkan.
Post a Comment