Thursday, May 14, 2009

..::ASINGKAN HATI KAMU DALAM KOTAK-KOTAK YANG BERBEZA::..

Semalam. Suami orang yang pernah menyoal kenapa dia tidak bertemu saya 10 tahun lalu bertanya lagi. Soalan. Tentang hati.

"Kenapa orang yang kita sayang, selalu sakitkan hati kita, lepas tu kita masih suka?"

Saya hanya ketawa. Jujur. Saya tidak tahu apa jawapan yang tepat. Suka. Sayang. Cinta. Adalah suatu yang berbeza. Universal. Subjektif. Ia bergantung kepada diri sendiri. Bagaimana mahu membezakan seterusnya mengasingkan ia di tempat-tempat yang sepatutnya di dalam hati kita. Semua terletak pada hati.

Dan kamu adalah apa yang kamu pilih.

Owh. Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-30 untuk awak. Walaupun awak telah menolak cinta saya, kita masih berkawan seperti biasa. Dan saya tetap sukakan awak.

16 comments:

asuhara sue said...

org yang menyambut ulang tahun itu yang boleh saya sampaikan ucapan secara 'live' di opis saya ini ke?

Nida Shaari said...

ASUHARA :Owh bukan orang itu. Itu birthdaynya bulan 10.

Ini orang lain. Tak apa, saya akan sampaikan sendiri bila jumpa dia esok.

He he he

Tok Rimau said...

Cinta tak semestinya bersatu.

tasekM said...

tempat jatuh lagi dikenang...

:)




.

Nida Shaari said...

TOK R :Tak kenal maka tak cinta

TASIK :Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat jatuh cinta.

Ha ha ha

menH said...

Kalau kenal pun belum tentu jatuh cinta. Kalau jatuh cinta pun belum tentu di sambut. Kadang-kadang ada orang nak bagi cinta. Tapi kita pula tak rasa. Payahnya.

ymn said...

huhuhu .. macik punya "awak" tu bulan may juga ker .. aku baru jer tiup lilin on tuesday yg ke 15 (hahahaha)

Mya said...

saya pernah menolak cinta seseorang. tapi dia sudah tak mahu berkawan dgn saya lagi.

Nida Shaari said...

CINTA UNTUK AIN :Ya, itu hakikat sebenar kehidupan. Tidak semua apa yang kita mahu, berjaya kita perolehi. Begitu juga dengan cinta.

Tapi percayalah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya

AKU :Bulan mengambang

MYA :Saya pun pernah berada dalam situasi serupa.

Mungkin juga saya lebih mudah untuk menghadapi situasi dikecewakan. Dan pihak satu lagi itu tidak dapat menerima situasi dikecewakan.

Owh

ymn said...

bulan mengambang ?

Aishah Nur Hakim said...

saya pun tetap sukakan awak..walaupun awak buat kotak2 yang saya simpan hati tu tunggang langgang bersepah sepah..penat saya nak kemas tau awak...

paiseh said...

silaturrahim...

Nida Shaari said...

AISHAH :Tak apa.. kemas pelan-pelan.. Sabar banyak-banyak

PAISEH :Itu yang lebih tepat

Ernie Zuraida said...

erm.... perasaan cinta yg ikhlas lg suci tuh akn dtg dgn sendirinya.... percaya dgn janji Illahi..... :)

spyz said...

"Cinta tak semestinya bersatu.."

...
























































...

mungkin berdua

mungkin bertiga

atau maksimum berempat

:-)

Nida Shaari said...

BLUEROSES :InsyaAllah. Yang paling penting sabar dan jangan putus berdoa.

SPYZ :Alaa.. kadang-kadang lepas berempat pun boleh juga.. ha ha ha