Monday, May 18, 2009

..::SIRI JALAN-JALAN CARI MAKAN::..

Hari Sabtu lepas saya pergi rumah Kak An. Tujuannya mahu hantar barang-barang Hafizudin. Kebetulan pula Kak An mahu keluar. Makan. Jadi saya ikut sajalah. Rezeki jangan ditolak katanya.

Perginya tidaklah jauh. Alamanda sahaja. Kerana saya sedang mencuba gajet baru (yang tidak baru), maka saya bertindak sebagai jurugambar. Walaupun amatur sahaja.



Kami pergi makan di JM Bariani House. Di bahagian luar Alamanda.



Saya makan mee bandung dan minum bandung cincau. Sangat sedap. 5 bintang penuh saya beri untuk kedua-dua menu itu. Eh, baru sedar kedua-dua menu yang saya pilih ada perkataan bandung. He he he.

Orang lain makan bariani ayam dan bariani kambing. Sedap juga. Acar buahnya sangat cantik. Sudahlah cantik, sedap pula rasanya. Tidak tipu.

Jadi, saya cadangkan datanglah mencuba makanan di JM Bariani House ini. Terdapat beberapa cawangan lain selain di Alamanda. Saya tak ingat di mana lagi tapi segala maklumat ada ditulis di belakang menu. Oh, saya tidak dapat apa-apa komisyen daripada iklan ini. :p

Dan. Seperti yang pernah saya katakan di dalam entry sebelum ini, aktiviti bersama keluarga adalah yang paling seronok. Walaupun ianya sangat ringkas.

11 comments:

angel_baik said...

teringin nak makan nasi beriani yg bukan mamak masak...

menH said...

Wah, tengahari nanti boleh cuba.

MariahRohaini said...

Aku pernah pegi cawangan shah alam, di tesco shah alam...sirap bandung dia memang best.... dan kuah mee bandung itu pekat.....sedapppp

Ron97 said...

eh eh..
alamanda ada beriani house...

ymn said...

huhuhu ..
semua yg disebut diatas ..
bukan taste saya..

k.an said...

hahah.. mesti ramai yang ingat JM Bariani ni mamak punya.. salah!!! ini Johor mari.. sedap..tak tipu. sekali cuba, nak lagi..sedia RM je..

Kak Lia said...

salam singgah ziarah....nice blog..

Nida Shaari said...

ANGEL_BAIK :Kalo kat Penang memang tak kan jumpa la

MENH :Dah cuba kah?

MARIAH :aaa.. kami pun tau yang kat TESCO tuh

RON97 :Macam-macam ada kat Alamanda lani..

AKU :Abeh ko makan ape je?

KAK AN :Kami tunggu orang belanja kat Kelab Tasik.. Ahaks

MAMAREMPIT :Terima kasih.. :)

Kay said...

Kak Nida bz ke?

ezham said...

kak nida apo khabar?

Nida Shaari said...

KEHELAN :Agak bz dik.

EZHAM :Baik-baik aje.. Weh lama tak dengar cerita. Lama gak tak jumpa