..::PERATURAN HIDUP : AMBIL KESEMPATAN::..
Manusia. Suka benar ambil kesempatan. Tak kira sama ada perkara baik atau pun tidak.
Semalam. Hari terakhir sambutan Hari Kraf Kebangsaan. Saya ke Kompleks Kraf. Lagi. Oh, saya bukan mahu bercerita tentang apa yang saya beli atau berapa RM yang saya habiskan di sana. Nanti boleh mengundang fitnah. Maka, apa yang saya katakan di dalam Majalah Nur keluaran April tentu saja sudah tidak relevan. Sebaliknya, saya mahu bercerita tentang sikap sesetengah peniaga.
Biasa kita dengar pada hari terakhir sesuatu pesta jualan, peniaga mengambil kesempatan menurunkan harga. Mahu menghabiskan baki stok yang ada. Pembeli juga dilihat lebih gemar datang pada waktu begini. Beli secara borong. Mengambil kesempatan untuk tawar menawar mengikut harga yang diinginkan. Jika bernasib baik, memang boleh dapat harga yang murah.
Namun, ada juga segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga pada waktu begini. Jangan tidak percaya. Sewaktu saya ke Kompleks Kraf minggu lepas, saya sudah membuat tinjauan harga baju yang mahu dibeli di beberapa buah gerai. Ada sebuah gerai yang menawarkan harga lebih murah berbanding gerai-gerai yang lain. Corak dan potongan baju juga sangat menarik. Walau bagaimanapun, saya tidak membeli pada waktu itu.
Semalam saya kembali semula ke gerai berkenaan. Agak terkejut kerana harganya sudah naik sekitar RM20.00. Katanya boleh kurang lagi. Tetapi tentu saja cuma boleh dikurangkan sekitar RM5 - RM10.00. Dan, pastinya harga baju berkenaan lebih mahal daripada harga yang ditawarkan sebelum ini. Bagi yang tidak mengetahui, pasti boleh terpedaya dengan helah yang digunakan. Kerana mahu mengambil kesempatan dengan harga murah di saat akhir, ada pula pihak mengambil kesempatan terhadap pembeli.
Dan. Sudah menjadi lumrah. Manusia. Suka benar mengambil kesempatan. Tak kira sama ada perkara baik atau pun tidak.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
Btul tu.smlm ramai yg dtg lps pukul 5 dan sy rasa derang ingat ada jualan murah.sbnrnya takde pun. sama je.kami staff pun susah nak dpt.better beli hari biasa tu.mudah nak tawar menawar. eh.lmbt sy tgk reply ciknida.kalo tidak smlm kita mesti buleh jumpa kan???? :)
ppssttt... pasaraya yg buat *card members day tu pun sama.
b4 sale aku beli seluar mc rm33. masa sale seluar yg sama dh naik rm70. less 50%. jadi rm 35.
sale apakah? ha ha.
.
PUANSTOBERI :
Oh tapi semalam mungkin rezeki saya. Kat satu gerai tu, saya dapat 2x offer. 1 harga org Kementerian, 1 lagi harga staff Kraf.
Ok lain kali saya cari puan ye. Kat Tingkat 1 kan?
Hik hik hik..
TASIK :
Tu pasal jangan terpedaya dengan tag-tag yang bergantungan itu.
Ha ha ha
kadang2, kami ada ambil kesempatan juga.. :p
MYA :
Memang. Hangpa ambil kesempatan memalukan kami kerana gambar yg macam perempuan mengandung masa kat Silverfish haritu.
Huk huk huk
ehhh...cemna cikmadulebah tau ni?? huhu.okeh.kalo camtu nati kalo dtg kraf cikmadulebah gitau sy ek.
PUANSTOBERI :
Saya pasang spy..
he he he
aiyarkkk..bhya nih..huhu :P
mesti ada kenal sesapa kat kraf ni ek.
Post a Comment