Friday, March 13, 2009

..::MALANG ITU TIDAK BERBAU KENTUT::..

Semalam. Pagi. Dalam perjalanan ke pejabat. Di Lebuhraya Besraya. Lebih kurang 1km sebelum menghampiri plaza tol. Jalan agak basah kerana hujan di subuh hari. Dengan kelajuan 80km/jam. Saya mengekori kenderaan hadapan dalam jarak yang selamat. Kereta di belakang saya juga begitu.

Tiba-tiba deretan kenderaan di hadapan seakan-akan berhenti. Saya mula memijak break. Kecemasan. Sambil menukar kepada gear rendah. Jantung bagaikan mahu meletup. Kaki dan tangan sudah tidak terasa cengkaman. Kereta saya terhenti betul-betul lebih kurang satu hasta daripada kereta hadapan. Kereta di belakang saya pula berhenti sedikit ke kiri. Cuba mengelak.

Lutut sudah menggigil. Saya mengurut dada tanda lega. Mujur kereta tidak berlanggar. Dan sebetulnya, mujur juga saya memandu kereta manual. Kerana rupa-rupanya enjin kereta saya sudah terhenti. Fuh!! Saya nyaris-nyaris kemalangan.

Ya, malang itu tidak berbau. Dua buah kereta di hadapan saya cuma menghidu bau malang apabila kereta mereka bercium sesama sendiri.

Jadi, pastikan anda mengekori kenderaan hadapan dalam jarak yang selamat.

Selamat memandu. Selamat bercuti. Dan selamat berhujung minggu.

5 comments:

paiseh said...

80 kat plaza tol?? laju tu weyh...!

tasekM said...

aku hr tu pun jadi gitu. depan jusco. nasib baik tak accident. kalau tak jenuh nk menjawab dgn tuan punya kereta. haih~


.

Anonymous said...

smlm pi selama dari perlis,
1 jam setengah.
hehehehe

Mya said...

sgt bahaya! sib baik hangpa tak apa2.. huhu...

Nida Shaari said...

PAISEH :
Bukan standard kah tu? hik hik hik

TASIK :
Aku tak dak sapa nak marahkan kecuali diri sendiri lah. Lagi sakit rasanya.

RAON97 :
Hang gila

MYA :
Alhamdulillah..

Kami selalu teringat kisah kita balik dari PD yang hangpa drive keta (manual) kami dan kita kena hon dengan lori kat tol Sg Besi. Errrkk ngeri.