Thursday, March 12, 2009

..::BAHASA::..

Sudah dua hari saya membaca dan menyunting kertas kerja yang ditulis oleh boss saya. Dengan pen merah di tangan saya menconteng-conteng kertas itu. Seperti guru membetulkan karangan anak muridnya. Kononnya.

Banyak yang perlu dilakukan. Saya juga perlu berhati-hati kerana kertas kerja berkenaan disediakan untuk satu persidangan. Dan. Saya bukanlah seorang pakar.

Setelah menyunting, tiba-tiba saya rasa seperti mahu taip nama saya di situ. "Oleh : Mohamad **** dan Noor Hanida. Apa tidaknya, 50% daripada tulisan itu adalah hasil kerja saya. Sebahagian maklumat juga saya yang cari.

Tapi memang sudah itu kerja saya. Dan saya suka melalukannya. Ha ha ha.

Ok. Masih tentang bahasa dan boss saya. Tetapi perkara lain pula.

Hari ini keputusan SPM diumumkan. Maka sekali lagi ia dijadikan penanda aras terhadap keberkesanan pelaksanaan PPSMI. Pastinya. Tapi saya dengar peratusan keputusan Bahasa Inggeris menurun. Apakah?

Berbalik kepada cerita tentang boss saya. Dia beritahu anaknya tidak mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Apa yang boleh dan perlu dilakukan?

Saya tidak begitu pasti dengan sistem sekarang. Jadi saya cuma cadangkan agar anaknya menduduki Kertas Julai.

Tapi kata boss saya, apa pula yang boleh dilakukan sementara menunggu bulan Julai? Boleh mohon untuk ke IPT?

Banyak yang boleh dilakukan sebenarnya. Bekerja, belajar memandu atau lain-lain. Entahlah.

Ada sesiapa yang boleh beri saya cadangan?

6 comments:

paiseh said...

tulung bapak dia buat tesis..barangkali

Anonymous said...

ambil kursus memahami bahasa melayu so dapat pujian dalam kertas julai.

ambil kursus menambah 'skills' kelas memasak ke crafts ke yang bersesuaian dengan jantinanya haha!

driving lessons pun bagus as its important in Malaysia.

macam2 boleh dilakukan kalau mampu!

ika

Ron97 said...

Oleh : Mohamad ****
SYMP : Noor Hanida

ymn said...

almost 80% part time kat sini yg sedang menunuggu atau bercuti ..
suruh dia cari keja part time ..
bukan stkt dpt duit tapi dpt pengalaman mcm nak handle pressure dan masyarakat

Unknown said...

Ikut cara orang dahululah. Hantar anak-anak balik kampung. Ikut cara didikan datuk nenek pula.

Nida Shaari said...

PAISEH :
Mungkin. Sebab dah 2 tahun tesis bapak dia tak siap-siap.

IKA :
Aku suka cadangan pertama

Dan aku paling suka cadangan ketiga. Tapi mungkin setakat itu saja. Kalau bapak dia tetap nak biar anak (lelaki) dia tak berdikari seperti dok asrama kat Gombak & Melaka pun masih perlu dihantar dan dijemput; tak dapat la saya tolong.

RON97 :
ya.. ya.. SYMP

AKU :
Saya ada cadangkan juga agar bekerja. Budak-budak sekarang ramai yang 'manja' lah.

ANUAR :
Rasanya itu tak akan membantu meningkatkan mutu pengusaan Bahasa Melayunya.

Apa tidaknya, balik kampung lagi pekat bahasa (Kelantan)nya nanti.