Tuesday, March 03, 2009

..::MALAS::..

Di pejabat. Bilik saya jauh ke belakang. Jauh dari pintu masuk. Jauh dari lif. Dan jauh dari bilik air.

Tadi. Saya makan roti john. Tangan saya ada sikit-sikit comot terkena sos. Dah jilat-jilat dan lap dengan tisu. Tapi mestilah tak bersih.

Jadi, saya basuh tangan dalam pasu bunga depan pintu bilik. Tiba-tiba saya tersedar. CCTV di atas kepala mesti dapat merakam perbuatan saya itu.

Saya pun cepat-cepat lari masuk bilik. Dengan harapan dapat terlepas daripada perbuatan keji itu.

Ha ha ha

4 comments:

paiseh said...

hoh. malas tahap jamban.! hahahaha..!!

tasikmerah said...

alaaaa nida buat tak tau je.... bukannya kamu kencing pun kat situ. ha ha.


.

madulebah said...

PAISEH :
Masa itu emas tau. Nak berjalan jauh tu dah rugi masa aku

TASIK :
Alamak!! Silap-silap kalau pokok tu mati nanti orang tuduh aku kencingkan dia

Ha ha ha

haidatul_s_h said...

akak, bukan akan jadi baja ke... hehee