Monday, August 04, 2008

..::BEBAS::..

Semalam, ada beberapa orang manusia meraikan sesuatu. Seorang kawannya mahu belanja makan. Sempena ulangtahun kelahirannya. Yang sudah tidak menjadi kejutan. Kalau bukan kerana ada kawan mahu belanja makan. Saya tidaklah begitu rajin mahu keluar ke gedung besar yang begitu sesak itu. Oh, harap tidak berkecil hati di situ.

Ramainya umat. Tak pernah kosong tangga bergerak tu. Entah mana datangnya manusia yang memenuhi Mid Valley ini. Mungkin sama seperti kami. Dari Puchong, Shah Alam dan Seri Kembangan.



Dalam ramai orang itu. Ada beberapa orang lagi mau menambahkan kesesakan sedia ada. Tapi mereka ini nak makan saja. Kusyuk sampai tak ingat apa sudah jadi di luar. Hujan ribut pun tak sedar.



Tengok sajalah apa yang mereka makan.



Lepas dah kenyang, lepak dululah. Sambil tu kita ambil gambar suka-suka hati.


Cantik kan kasut tu. Sila teka yang mana satu kaki saya.


Alamak! Muka Cik Jah tak nampak langsung. Muka Mariah pun separuh aja. Maaf ya kawan-kawan. Tiada unsur sabotaj di situ. Maklum saja lah, tangan saya tak boleh nak pergi jauh lagi dah. Ha ha ha. Jadi untuk nampak semua, sila Cik Jah ambil gambar dari tepi. Barulah cantik.

Lepas penat jalan-jalan kami pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah masing-masing. Perjumpaan kali ini tidak cukup korum. Mak Intan balik kampung mertua. Maklum lah sekarang ni musim buah-buahan. Harap-harap perjumpaan akan datang semua ada. Perancangan terdekat InsyaAllah untuk acara tahunan berbuka puasa bersama-sama. Jika mengikut giliran, kali ini Mak Intan akan menjadi hos.

Jadi, sampai jumpa lagi nanti.

5 comments:

Cik Jah said...

kaki awak dan kaki anak saya hampir sama saiz. Persoalannya, adakah anak saya terlalu cepat membesar atau awak yg tak besar-besar?? khakahkakaha

MariahRohaini said...

aku rasa cam nak tolong sambung gelak... tapi nanti Nieda sentap cemana?????

tasekM said...

kaki kamu yang kasut pink~

Mya said...

kami tau mana kaki esha. jd secara otomatik kami tau kaki hangpa yg mana.. :-p

Nida Shaari said...

PJAH :
Boleh tak jangan keji saya? Sampai hati tau.

MARIAH :
Tak baik tau subahat gelakkan orang.

TASIK :
Hik hik. Sebab aku pakai baju pink dan tudung pink?

MYA :
ha ha ha